Tidak dapat disembunyikan lagi. Itulah hakikatnya yang akhirnya terpaksa diakui Azmin Ali. Menteri Besar Selangor itu mengakui Pakatan Harapan di negeri itu masih belum mencapai kesepakatan berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengakuan itu sekaligus mengesahkan wujudnya kemelut dalaman antara DAP, PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhubung isu tersebut yang sehingga kini gagal diselesaikan.
Bagaimanapun, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, walaupun berada dalam situasi tersebut, mereka bersedia sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan dalam masa terdekat.
“Secara prinsipnya kita telah mempunyai senarai akhir nama calon-calon yang akan bertanding walaupun ia masih belum dapat dimuktamadkan.
“Namun, sekiranya pilihan raya dijangka April, kita bersedia dengan calon dan kerusi yang ditetapkan,” katanya.
Terdahulu, pengagihan kerusi DUN bagi Pakatan Harapan itu perlu dimuktamadkan pada tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 31 Januari ini, namun sehingga kini ia tidak dapat diputuskan lagi. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....