Alahai Sharnaaz.... apesal la mau cari pasal sama Yusuf Azmi PPIM ni. Dia kan maksum, mana ada salah. Apa yang dibuat Yusuf Azmi ni semuanya benar, betul dan perlu disokong tanpa bantahan. Apa yang keluar dari mulutnya juga perlu dihadam dan dipercaya bulat-bulat.
Sharnaaz sering dikenali menerusi watak antagonis dalam filem Juvana kerana lakonan yang mantap sebagai seorang ketua samseng.
Disebabkan itu, pelakon Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad dikenali sebagai seorang yang panas baran dan mudah melenting jika diusik walaupun sedikit.
Baru-baru ini, Sharnaaz dengan lantangnya telah mengulas mengenai kata-kata Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusuf Azmi.
Dalam satu temu bual melalui rancangan #Chat2teen bulan lalu, Yusuf telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan pernah berhenti untuk menegur segala kemungkaran dan kesalahan yang terjadi di negara ini.
“Saya duduk di bumi Allah di Malaysia, nanti kalau Allah tanya kenapa saya tak tegur kemungkaran. Takkan saya nak bisu tak bercakap sekarang ni? Kenapa saya kena senyap je bila ada kemungkaran terjadi di Malaysia?
“Sebab tu saya nak tegur semua benda kemungkaran yang terjadi sekarang ni. Saya akan terus bercakap sehingga saya mati ditembak, baru saya senyap!” tegasnya.
Dalam rancangan tersebut, pengacara yang merupakan bekas Pencetus Ummah, Azhar Hilmi telah bertanyakan soalan mengenai isu PPIM yang sering dikecam oleh sesetengah pihak.
Namun tidak lama kemudian Sharnaaz telah muncul menerusi satu video live melalui akaun Instagram miliknya yang mana dia telah memberi satu pesanan pedas kepada pengerusi tersebut.
“Yusuf Azmi ni pun satu lah, orang kata zaman ni peluru tak kenal orang, bahaya. Bukan kita takut, kalau kita ni ada armybelakang kita, kita ada tentera, ada orang ramai belakang kita yang ada senjata api, barulah okay.
“Takkan semata nak gunakan pegangan. Tapi tu mungkin cara dia, kita hormat tapi dah ramai yang arwah. So fikir-fikirlah, atas katil pun boleh meninggal, brother. Tapi takkan nak mati tepi longkang, fikir lah,” kata Sharnaaz dalam video tersebut.
Namun sebab utama pelakon yang juga merupakan abang ipar kepada usahawan terkenal, Noor Neelofa itu mengeluarkan kenyataan tersebut masih lagi tidak diketahui.
Mungkin niatnya ingin memberikan peringatan kepada Yusuf Azmi.
Ramai netizen tetap mengecam tindakan Sharnaaz yang dikatakan berlagak samseng dan hanya tahu bercakap sahaja tanpa membantu apa-apa.
PS : Penulis cuma nak tanya satu perkara je dulu dengan Mahaguru Ayahnda Yusuf Azmi ni, isu subsidi diesel untuk nelayan dah setel ke belum?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....