Mengaku tetapi tidak mengaku? Hahaha... Tun oh Tun....Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerajui kerajaan selama 22 tahun berkata pemimpin yang terlalu lama memerintah akan menyebabkan korupsi dan nepotisme.
Bercakap dalam forum khas dan soal jawab bersama golongan muda baru-baru ini, bekas perdana menteri itu memberikan contoh Robert Mugabe, presiden Zimbabwe selama 30 tahun sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa tentera minggu lalu.
“Ada kecenderungan untuk mengekalkan kuasa di kalangan keluarga, dan ia membawa kepada kuasa mutlak, dan kuasa mutlak akan membawa kepada korupsi secara mutlak,” kata Dr Mahathir, yang sering dituduh mengamalkan nepotisme ketika pentadbirannya.
Dr Mahathir, dilantik perdana menteri ke-4 pada 1981 sebelum mengumumkan persaraan pada 2003.
Menurutnya, Malaysia sejak kemerdekaan cuba menghalang nepotisme dengan cara menyekat kuasa raja dalam perkara pentadbiran.
“Kuasa eksekutif itu sebaliknya diberikan kepada perdana menteri. Tetapi walaupun perdana menteri dipilih oleh anda dan dia terlalu lama di situ, dia mungkin akan mewujudkan dinasti.
“Sebab itu pilihan raya diadakan, tetapi masih ada kecendurangan memusatkan kuasa kepada keluarga.”
Mahathir, Kuasa, Kekayaan Dan Keluarga
Mahathir memiliki banglo-banglo mewah yang berselerak di serata negeri dan negara. Beliau memiliki banglo besar dekat Plaza Tol Sungai besi yang terletak di atas banjaran bukit di The Mines. sebuah di Subang yang di bina oleh Rin Kei Meng. Di Langkawi yang di bina oleh Ting Phek Khing. Sebuah di Country Height (kini di duduki Mirzan) dan yang terbaru di Bukit Tinggi di bangunkan oleh Vincent Tan dengan nilai RM 23 juta. Ada juga balasan bila memberikan Bukit Tinggi untuk di jadikan kasino ke 2 kepada tauke judi ini. Lihatlah semua banglo beliau di bina oleh semua kroni--kroninya..
Beliau mempunyai sebuah mahligai di London yang menggunakan nama Daim, sebuah di Vancouver yang di beli menggunakan nama Mirzan. Sebuah lagi di Florida di atas nama beliau sendiri dan memiliki sebuah ladang (ranch) di Argentina. Mahathir, Siti Hasmah, Mukhriz, Marina, Mokhzani dan Mirzan juga memiliki beberapa akaun di dalam Bank of Israel Singapore yang jumlah keseluruhannya melebihi USD 100 juta di mana Siti Hasmah memiliki simpanan paling banyak dalam beberapa akaun berasingan (gua pernah melampirkan secara jelas Nombor-nombor A/C dan jumlah setiap akaun dengan menggunakan matawang USD dan dalam perkiraan jumlah keseluruhan akaun mereka semua hampir USD 100 juta).
Mahathir pernah menyangkal yang beliau dan anak-anaknya ada menyimpan di dalam Bank of Israel cawangan Singapura tetapi perkara diam begitu sahaja bila bukti yang beliau memang menyimpang di dedahkan. Soalan Cepu Emas berapa nilai keseluruhan aset beliau?
Nepotisme Dan Mahathir
SUATU ketika dahulu di zaman era kegemilangan Reformasi, bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim acapkali dalam ucapannya membidas Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang amalkan kronisme, nepotisme dan korupsi.
Ini merupakan modal yang digunakan oleh pihak DAP dan PAS sebelum ini ketika mahu menjatuhkan Kerajaan Malaysia pimpinan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.
Apabila Anwar ‘dibuang’ keluar oleh Dr Mahathir dari kerajaan, maka modal yang sama diulang-ulang oleh Ketua Umum PKR tersebut.
Sekarang ini tubuh yang sama yang sebelum ini digelar sebagai nepotisme, kronisme dan korupsi telah berada di sebelah pembangkang. Senyap sunyi pihak pembangkang sekarang ini dari melabelkan Dr Mahathir sebegitu rupa.
Bukan sahaja pembangkang sunyi dari melabelkan Dr Mahathir sebegitu, malah mereka juga turut mengangkat orang yang pernah digelar sebagai nepotisme, kronisme dan korupsi itu untuk mengetuai sebuah himpunan di Petaling Jaya, Selangor pada 14 Oktober depan.
Himpunan Hapus Kleptokrasi itu dianjurkan oleh gabungan parti-parti politik di bawah Pakatan Harapan dengan mengetengahkan Dr Mahathir yang berusia 92 tahun itu sebagai ‘kepala’.
Pelik sekali, sebagai seorang bekas pemimpin negara yang pernah diakui sendiri oleh pembangkang sebagai seorang yang tidak bersih dalam kepimpinan mahu membersihkan negara?
Analoginya mudah, bagaimana seorang pemungut sampah mahu bercakap soal wangi-wangian?
Seperti kata Imam Al Ghazali :
JANGAN BASUH NAJIS DENGAN AIR NAJIS
Mungkin pembangkang sudah mula pening kepala dan kucar kacir. Mereka sudah hilang tokoh-tokoh yang cekap, bersih dan adil untuk dikentengahkan sebagai ‘hero’ mereka.
Yang tinggal hanyalah mereka yang berpengalaman dalam kerja-kerja ‘kotor’ sepanjang mereka berkuasa.
Mungkin kita harus fahami pepatah Arab yang berbunyi : “Jangan kamu luruskan bayang, sedangkan tiangnya bengkok.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....