LIWAT 3.0 : Wan Azizah Terkejut Dakwaan Terbaru Husni Ke Atas Anwar


Isk..... berat dakwaan ini. Adakah akan ada pula prosiding Liwat 3.0? PKR hari ini mencabar Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (BN-Tambun) mengulangi tuduhan anak saudaranya diliwat bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Dewan Rakyat agar tindakan undang-undang boleh diambil.

Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) berkata sekiranya benar tuduhan itu, bekas menteri kewangan itu harus membuat laporan polis terhadap Anwar dan bukannya berdiam diri.

“Tambun, kamu buat kenyataan itu di luar Dewan Rakyat, bahawa anak saudara diliwat Anwar Ibrahim. Saya ajak kawan-kawan untuk buat laporan qazaf. Jika dia tidak boleh buktikan liwat itu, kita akan ambil tindakan terhadap dia,” kata Johari di Dewan Rakyat hari ini.

Secara amnya, ahli Dewan Rakyat menikmati imuniti daripada prosiding sivil dan jenayah terhadap perkara yang dibahaskan dan yang dibuat di dalam sesi Parlimen.

Johari berkata Husni tidak berlaku adil kerana Anwar tidak dapat membela diri daripada tuduhan itu. Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas disabitkan kesalahan liwat pada 2015.

“Dewan Rakyat sepatutnya hanya bincangkan mengenai isu rakyat. Tidak eloklah, berpolitik kena ada gaya sedikit. Saya minta Tambun bawa anak saudaranya buat laporan polis,” katanya.

Husni mendakwa Anwar “terlibat” dengan anak saudaranya semasa mengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat Rabu lalu.

“Anda kenal siapa Dr Mahathir? Saya tahu. Saya Menteri Kewangan II. Saya tahu apa yang berlaku masa beli Pos Malaysia, di Perwaja. Saya tahu. Anda tahu siapa Muhyiddin. Anda tidak tahu, tetapi saya tahu. Anda tahu siapa Anwar Ibrahim? Saya orang Anwar Ibrahim, saya tinggalkan dia.

“Selepas dia berhenti jadi Timbalan Perdana Menteri, saya bantu dia, pergi ke Bukit Damansara. Bila dia terlibat dengan liwat. Dia terlibat dengan anak buah saya. Kami semua menangis, saya pergi ke Jordan,” kata Husni.

Johari turut membidas Husni kerana membuat tuduhan terhadap bekas ketuanya dan kawan-kawannya kerana hendak mendapatkan kembali kedudukannya.

“Pada minggu lepas dia buat pusingan U sokong Pekan (Datuk Seri Najib Razak), sokong Kerajaan Persekutuan. Itu tidak mengapa, biasalah sebagai ahli Parlimen, tetapi dia mengeluarkan kata kesat terhadap bekas perdana menteri, Dr Mahathir dan juga bekas timbalan perdana menteri, Muhyiddin dan Anwar Ibrahim.

“Kalau nak buat pusingan U, sokong perdana menteri sokonglah. Tetapi hendak dapatkan kedudukan balik dengan menghentam kawan-kawan ini suatu yang tidak manis,” katanya.- SUMBER


WAN AZIZAH TERKEJUT

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merasakan tidak adil bagi seorang bekas menteri menuduh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat anak buah beliau sendiri.

Wan Azizah berkata bekas menteri kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak seharusnya menuduh seseorang itu tanpa bukti kerana melibatkan maruah seseorang.

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata beliau seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata Ahmad Husni itu kerana Anggota Parlimen Tambun itu merupakan seorang yang sering menyentuh perihal agama tetapi mengeluarkan tuduhan sedemikian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Wan Azizah berkata demikian mengulas kenyataan Ahmad Husni di Dewan Rakyat Rabu lalu yang mengkritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan memberitahu punca beliau tidak lagi mengikuti perjuangan Anwar.

Ahmad Husni turut berkata beliau meninggalkan perjuangan Anwar selepas mendapati Anwar terlibat dengan kes liwat dengan anak buahnya (anak buah Husni).

5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Itu hari dia letak semua jawatan konon nak lari dari dosa menipu. Kali ni dah dapat habuan terus buat u-turn. Kepala bapak kau!��

    BalasPadam
  3. hehe tak adil amendernya joe
    aljub telah diberi peluang seluas2nya
    dlm kes mahkamah tapi seperti biasa la
    mana aljub ada teloq.. takut disoal jawab pendakwa

    BalasPadam
  4. Husni wajar membuat laporan polis dlm hal anak sdranya, gagal membuat laporan, jelas nnt intergriti Ahli Parlimen gagal. Berani krn benar dan Allah bersama org2 yg benar.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....