FITNAH : Giliran PPIM Kena Serbu Dengan "Longkai!!!!"


PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK) memohon maaf atas penularan video di media sosial yang mendakwa kumpulan 'longkai' atau pekerja trak tunda mengambil kesempatan terhadap pengguna jalan raya yang mengalami kerosakan atau kemalangan kenderaan.

Dalam sidang media yang diadakan di pejabat PPIM di Kuala Lumpur, hari ini, permohonan maaf itu dibuat dihadapan lebih 200 pekerja trak tunda yang hadir ke situ bagi mendapatkan penjelasan daripada NGO berkenaan.

Sidang media itu dihadiri Presiden PPJK, Mohamed Hisham Shafie; Penasihat Khas PPIM, Dr Abdul Kadir Warsi Mohamad; Ketua Unit Tindakan Khas PPIM, Yusof Azmi; dan wakil komuniti trak tunda, Khairul Husni Othman.

 Untuk VIDEO : KLIK SINI

Dalam sidang media itu, Mohamed Hisham mengakui bahawa maklumat yang disebarkan adalah salah termasuk kononnya pihak pekerja trak tunda memeras ugut dengan meminta bayaran ribuan ringgit kepada pemilik kenderaan.

Beliau mengakui ada beberapa fakta juga tidak dijelaskan dengan tepat berikutan caj yang dikenakan itu sebenarnya bergantung pada lokasi atau jarak kenderaan ditunda.

"Jadi, kami di PPJK menarik kembali segala kenyataan yang kami keluarkan dalam video petang semalam,” katanya.

Sementara itu, Abdul Kadir mengakui kenyataan bahawa pekerja trak tunda meminta RM1,200 adalah tidak benar sebaliknya dia hanya membayar RM500 kepada bengkel yang mengambil keretanya untuk dibaiki dan bukan kepada pekerja trak tunda itu.

"Sebenarnya, jumlah yang saya bayar adalah RM500 dan bukan RM1,200 seperti dinyatakan dalam video sebelum ini,” katanya.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, perjumpaan yang diadakan antara persatuan dan wakil pekerja trak tunda bagi merungkai segala rasa tidak puas hati dan masalah yang berlaku sebelum ini.

"Kita bukan mahu mencetuskan ketegangan cuma inginkan penjelasan antara kedua-dua pihak seterusnya dapat mengelak timbulnya salah faham.

"Isu yang ada dibawa oleh orang ramai dapat diselesaikan secara bersama menerusi perbincangam dan perjumpaan ini akhirnya dapat kata sepakat selain tiada masalah berlaku lagi pada masa akan datang," katanya.


Petang tadi, kira-kira 100 'longkai' berkenaan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan membuat dua laporan polis bagi menyangkal kenyataan dalam video yang tular di media sosial semalam.

Selepas membuat laporan polis, mereka beramai-ramai menuju pejabat PPIM bagi menuntut penjelasan. Untuk VIDEO : KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....