DYANA SOFYA : Masih Menarikkah Kaldai DAP Ini??


Adakah kita ingat lagi semasa kempen PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya yang menjadi calon Melayu DAP telah menyatakan pendiriannya secara terang-terangan menolak hukum hudud di hadapan penyokong dan pengikut PAS.

Selepas dari pengakuan mengenai pendiriaanya itu, PAS mula berkira-kira untuk memboikot PRK Teluk Intan seterusnya tidak memberikan undi kepada calon DAP Melayu itu walaupun PAS masih bersama Pakatan Rakyat pada ketika itu.

Memang Allah nak tunjuk kepada umat Islam terutamanya penyokong PAS bahawa selama ini bukan sahaja DAP yang menolak Islam dan tidak mahu memahami agama Allah, akan tetapi DAP juga mampu mengubah keimanan dan ketaqwaan seseorang penganut agama Islam seperti Dyana Sofya untuk menjadi seorang yang anti Hukum Islam seperti Hudud.

Pada asasnya, sebagai umat Islam kita tidak boleh menolak ketentuan dan undang-undang yang telah digariskan Allah dalam al-Quran dan dijelaskan secara lebih terperinci dalam hadis.

Dalam bahasa mudah, ketentuan dan undang-undang Allah ini bernaung di bawah payung syariat Islam. Hanya saja, wujud perbezaan dari segi tafsiran, pendekatan dan tatacara pelaksanaannya.

Sebagai agama samawi, syariat bersama akidah menjadi komponen teras dalam ajaran Islam. Dalam syariat inilah ia menjadi katalog lengkap daripada Allah untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misinya sebagai khalifah di muka bumi. Ini semua termasuk di dalam hukum hudud yang diperjuangkan umat Islam selama ini.

Walaupun belum dilaksanakan di Malaysia secara total, namun usaha untuk mengambil beberapa garis panduan hukum hudud untuk melengkapkan undang-undang Syariah di Malaysia adalah menjadi ramuan terbaik kepada rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum.

Bila perkara asas untuk mempercayai hukum hudud ditolak Dyana Sofya maka kehidupannya mula tidak tenteram dan kucar-kacir. Ianya bertambah serius dan bertambah parah apabila kiblatnya sekarang ini hanya untuk DAP.

Semua yang dilakukannya selama ini dianggap tidak salah dan dibolehkan oleh hak asasi manusia. Dyana Sofya juga sanggup memperlekehkan bangsanya sendiri serta merelakan dirinya menjadi alat kepada DAP untuk memecah belahkan kerukunan anak muda yang beragama Islam.

Sedarlah wahai anak Melayu, jangan suka dipuji kerana habuan yang terlalu sedikit di dunia ini. Lebih baik pertahankan apa yang ada demi menjamin masa depan yang lebih baik.

Kepada Dyana Sofya, pintu taubat masih terbuka dan hanya kepada Allah sahaja umat Islam perlu bersujud. (SUMBER)

3 ulasan:

  1. baru2 ini arab saudi memrlukan lbh ramai pemancung kepala sbb peningkatan kes hukuman mati.. ingatkan dah buat hudud makin kurang jenayah.. di msia hudud dijadikan modal politik baik pas maupun umno sbb tu smpi skrg tak laksana lg. pas yg berpuluh thn perjuang hudud alih2 draf hudud pun tadak.. baru skrg dok terhegeh2 nak buat.. umno plak rasa ini blh claim politikal mileage buat2 lah sokong.. org islam yg tolol pun jd terpinga2.. cukup2 lah jd kan agama sbg modal politik murahan.

    BalasPadam
  2. at least calon DAP semua lawa2..UMNO? MCA? MIC? Semua yg dah expired masih gila nak berjawatan..ka.ka.ka..

    BalasPadam
  3. Menyokong kafir harbi untuk menjadi penerju negara adalah haram dan menjadikan sipenyokong itu sebahagian daripada mereka. Surah Almaidah ayat 51.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....