Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengajar DAP cara baharu untuk menghina kaum Melayu yang tidak menyokong parti itu dengan gelaran pemakan dedak.
Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin berkata, istilah makan dedak telah dicipta oleh Dr. Mahathir sendiri untuk menghina sesiapa sahaja yang tidak menyokong DAP terutamanya Melayu.
“Sejak itu, saya menerima ribuan hinaan, majoriti daripada DAP yang menuduh diri saya sebagai makan dedak.
“Suatu masa dahulu, pada 1960-an, DAP menghina Melayu dengan menyuruh mereka balik kampung. Kemudiannya menghina Melayu dengan menuduh kaum itu mempunyai mentaliti ‘tongkat’ dan kini menghina sebagai makan dedak,” katanya menerusi portal berita malaysia-today.net di sini hari ini.
Tambah Raja Petra, pada tahun 1969, Dr. Mahathir meminta Melayu UMNO untuk membenci DAP dan sekarang, meminta DAP membenci Melayu.
Malah, katanya, Dr. Mahathir membuatkan Melayu berasa malu bahawa diri mereka adalah Melayu dan cara untuk membuang rasa malu itu dengan tidak menyokong UMNO sebaliknya menyokong DAP.
“Melalui cara itu sahaja kamu boleh menyucikan diri daripada tercemar menjadi Melayu,” ujarnya.
Pada waktu ini, menurut Raja Petra, ramai Melayu malu menjadi Melayu dan cuba menjadi Melayu liberal untuk menjadi moden dan tidak kelihatan ketinggalan.
Sehubungan itu, katanya, untuk menjadi liberal, mereka ini mesti menyokong festival arak, gay, seks luar nikah, perkahwinan sama jantina dan banyak lagi walaupun haram untuk Islam.
- Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....