GOYAH : PKR Selangor Tidak Senang Duduk, Bercakaran Sesama Sendiri!!!


Andai sebelum ini mereka begitu mendabik dada, tidak kali ini. Populariti dan sokongan rakyat Selangor kepada pemimpin-pemimpin kerajaan Negeri khususnya dari PKR semakin pudar dan merosot. 

Kedudukan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Parlimen Gombak dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di kawasan Parlimen Pandan dijangka goyah berdasarkan kepada responden kaji selidik dilakukan Sinar Harian.

Apakah isu-isu kepartian dan pentadbiran Negeri Selangor di antara ketiga-tiga pemimpin ini yang membuatkan rakyat mempunyai persepsi negatif hingga mempersoalkan kepimpinan mereka.

Respons diterima daripada 550 responden, 300 daripadanya mahu ketiga-tiga wakil rakyat di tiga kawasan parlimen itu ditukar tanpa ada pendapat seorang pun daripada responden yang bersikap berkecuali.

Jika dilihat daripada senario ini, kemungkinan kekuatan Mohamed Azmin hanya kukuh di kerusi Dun yang meletakkan beliau sebagai seorang menteri besar.

Seorang wakil pemimpin kanan PKR iaitu Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin juga menunjukkan pengurangan sokongan berdasarkan respons di kawasan Parlimen Ampang.

Manakala di Kuala Langat yang mana kerusi Parlimen dan Dun sebelum ini didominasi wakil Pakatan Rakyat mula menunjukkan akan berlaku angin perubahan.

Seramai 31 daripada 50 responden yang ditemu bual memberikan jawapan mahu menukar kepimpinan yang ada daripada Pakatan Harapan kepada Umno/BN.

Demikian juga situasi di Parlimen Sepang yang boleh dikatakan bakal berlaku perubahan pola sokongan daripada Pakatan Harapan kepada Umno atau BN.

Penganalisis politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, PKR Selangor perlu melakukan kajian mengenai kedudukan semasa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan parlimen yang dimenangi pada PRU13.

Katanya, parti itu harus mengambil langkah proaktif dalam usaha mengekalkan tampuk kuasa dalam pilihan raya akan datang.

Jelasnya, kajian dilakukan Sinar Harian boleh jadi rujukan sama ada wujud persamaan atau perbezaan yang dimahukan rakyat.

“Saya rasa PKR sendiri ada lakukan kajian di samping beberapa pihak lain termasuk Sinar Harian. Dapatan kajian ini boleh jadi rujukan sama ada wujud persamaan untuk ambil langkah berikutnya.

“Jika personaliti politik seperti Mohamed Azmin, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin dipersoalkan, maka langkah rasional perlu diambil parti agar tiada kesan PRU14 nanti,” katanya.

Beliau berkata, selagi Mohamed Azmin dapat mandat dalam parti, saya rasa kedudukan beliau terselamat kerana kegoyahan itu adalah kemelut dalaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....