BIKIN PANASSS!!! Arahan Mahathir Ke Atas Bekas Menteri Didedahkan Anaknya!!!


Bikin panasss beb!!! Bak kata pepatah 'mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih', kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap perjumpaan Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Donald Trump, berbalik kepada dirinya sendiri.

Najib, sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Kompleks Bunga Raya, mendedahkan bahawa Dr Mahathir membayar pelobi yang berpangkalan di Hong Kong bagi mendapatkan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat ke-43, George Walker Bush pada tahun 2002.

Kata Najib, bagi mendapatkan temujanji degan Bush, Dr Mahathir menggunakan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob

"Ada orang yang kritik pula lawatan saya ke Rumah Putih termasuk bekas Perdana Menteri. Saya nak beritahu, sewaktu dia jadi Perdana Menteri, dia nak jadi Presiden Bush.

"... Dr Mahathir pelobi berjuta-juta ringgit. Saya tahu, Dr Zahid pun tahu. Saya nak beritahu, pelobi itu namanya Ken Schiffer. Dia bermastautin di Hong Kong. Dia sudah beberapa kali datang di sini (Malaysia).

"Siapa yang Dr Mahathir gunakan (Sebagai orang tengah)? Arwah Tan Sri Megat Junid sebagai perancang utamanya. Tahu bagaimana dia bayar? Melalui kontrak Tenaga Nasional Berhad. Iaitu kontrak Batu Arang," dedah Najib.

Lantaran Najib menggesa Dr Mahathir untuk tidak bersikap hipokrit dengan mengkritik lawatannya ke White House atas jemputan Trump sendiri.

Mengakui perkara tersebut berlaku, anak Megat Junid, Datuk Megat Fairouz Junaidi berkata pededahan oleh Najib itu benar.


"Memang benar arwah Tan Sri Megat Junid diarahkan untuk mengaturkan pertemuan di antara Tun Dr Mahathir dan Bush yang ketika itu Presiden AS.

"Usaha itu diadakan sejak April 2001 yang mana arwah melaksanakan arahan dengan berjumpa beberapa pihak termasuk membayar pelobi bagi membolehkan Tun berjumpa dengan Bush.

"Berapa jumlahnya itu saya kurang pasti tetapi difahamkan dalam jutaan ringgit," katanya dipetik Berita Harian.

Ujar Megat Fairouz, arwah bapanya adalah pekerja yang setia kepada pemimpin dan melaksanakan arahan ketuanya, iaitu Dr Mahathir.

"Kejayaan untuk bertemu dengan Presiden Bush amat diperlukan Tun bagi menaikkan semula 'rating' beliau di kaca mata pihak pentadbiran AS.

"'Rating' Tun tercalar susulan kenyataan bekas Naib Presiden AS, Al Gore yang kurang disenangi Tun pada APEC Summit di Kuala Lumpur pada 1998," katanya.

- mD

1 ulasan:

  1. dulu aku ingat madey ni serba tau.. tiba2 bila RCI tanya jd serba tak tau... sapa yg mudah lupa ni sbnrnya..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....