#KL2017 : Betulkah Rusuhan Berlaku Gara-Gara Tiket Tidak Cukup Di Shah Alam?


Betul ke ramai orang membandingkan sistem penjualan tiket negara Malaysia dengan negara Eropah yang menggunakan sistem jualan atas talian?

Betul ke ramai orang komplen bahawa penganjur utamakan kroni dalam penjualan tiket?


*******************************

Kahkahkah

Tak payah nak banding lah dengan negara eropah tu.

Kau pergi pun time FINAL jer. Di eropah tu game Friendly pun penuh stadium, jadi penganjur tak risau nak open jual tiket banyak-banyak kat atas talian, confirm habis punya.



Kat Malaysia ni, jual tiket online dalam 10k pun tak luak time game Friendly.
Itu sebab kali ni penganjur tak stanby nak upgrade sistem tiket online ni. Penganjur sendiri pun tak sangka Malaysia confirm masuk FINAL.

Kau bayangkan server sistem sebelum ni boleh layan 10k jer, tiba-tiba selang 2 hari nak jual 30k-40k pulak dalam online. Kau ingat sempat?


Pasal isu kroni tu, kau relax jer lah. Kau pun kalau jadi ahli politik nanti, lagi pelik-pelik rakyat kau mintak. Sembang macam tak pernah mintak surat sokongan dari ahli politik jer. Kahkahkahkah. Kau dah tau isu kroni ni dah banyak kali terjadi pada game besar tapi masih nak emosi tak tentu pasal.

Kau pernah dengar tak quote ni,

" If you can't beat them, join them."

Kalau kau tak tahan dengan sistem kroni ni, ikut laa sistem tu. Mintak pemimpin tempatan kau pergi beli kan tiket. Kau ingat tolong kroni ni free ker, pemimpin pun tolong taja harga tiket tu. Bukan nya ambil free di kaunter.

Aku takda lah nak sokong sangat sistem kroni. Tapi apa pun alasannya. Takpayah lah kau nak mengaruk macam beruk kat stadium tu. Tak mati, pun tak dapat duduk dalam stadium.


Perangai macam kera, ada hati nak bandingkan sistem jual tiket dengan negara eropah. Belajar benda asas dulu. Macam belajar buang sampah dalam tong sampah.

Eh, bukan kau ke yang bising-bising kata Malaysia tak boleh pergi final sebelum ni?

Ada bagus nya kau tak bersusah payah pergi stadium. At least kalau Thailand memang esok. Takda lah kau habis suara maki player Malaysia dengan alasan kau penat beratur beli tiket.

-khalid Sulaiman-

TIKET, BOLA DAN RAKYAT MALAYSIA

Menghairankan rakyat Malaysia. Kelmarin tidak dapat tiket bolasepak, dibut*hkan Orang Tua. Hari ini jualan tiket secara Offline pun jadi isu, macam-macam komplennya..

Antara punca kenapa tidak dijual secara ONLINE adalah:

01: Sekiranya dijual secara ONLINE, kelewatan urusan transaksi bakal berlaku kerana lambakan atau 'high-traffic' akan menyebabkan proses pembelian secara ONLINE berisiko terbantut urusannya berikutan penjualan tiket untuk venue (acara sukan) yang lain-lain juga berjalan. Kalau lambat dapat #eTiket nanti korang juga yang menyalak gegak gempita.

02: Andai ada yang berkata 'Sea Games KL' sepatutnya mempunyai kapasiti untuk menampung trafik tinggi pembelian secara Online, apa yang mampu katakan Sea Games bukan #CimbClicks, #Maybank2U atau seumpamanya yang mampu menjalankan atau menguruskan transaksi ratusan juta mungkin juga billion RM dalam masa 1 hari.

03: Hanya 80,000 tiket sahaja yang bakal dijual/beli. Ianya terhad dan tidak salah untuk peminat sukan bolasepak merasai keseronokkan atau 'feel' #GilaBola untuk FINAL MAS vs THA. Siapa cepat dia dapat..

04: 'Nak 1,000 daya, taknak 1,000 dalih'. Kalau malas mahu beli tiket, ada baiknya MALAS juga tengok bolasepak di stadium tu. Duduk depan TV sambil layan 'PopCorn' sudah. Berguling-guling atau berselimut dengan bini sambil tengok bola pun boleh..

Nota Kaki:

Sekiranya tidak dapat tiket bolasepak, relax sudah. Pulanglah dengan hati terbuka juga yakinlah TIADA REZEKI untuk kamu menonton bolasepak di Stadium Shah Alam. Stadium TV3, Astro, Mamak juga seumpamanya masih lagi 'available' tanpa halangan.

1 ulasan:

  1. Satu je nak cakap, saya sebgai penyokong bn amat berasa tidak berpuas hati dengan keadaan di stadium. Bukan apa, yg tunggu berjam2 tak dapat, tup2 de yg dtg kejap trus potong....last2 tiket habis.....dan satu lagi, ramai yg beli bukannya tak pergi tgok bola, de yg dari first game dtg tgok live....tapi apa kan daya dah admin pun mengiyakan kroni tu penting dan berlaku dlm bn maka dengan sangsi saya mengatakan bn bukanlah berbeza dgn pakatan.....
    ps: walaupun ayat diatas dari komen yg entah dari mana admin kutip, namun kenapa admin tak kutip komen2 yg lain. Admin patut bersikap adil dan jgn copy paste komen yg ikot kepala je.....ingat admin umno ditubuh kerana rakyat dan bukan kerana pemimpin dan kroni semata2....sedih tgok sesetgah admin bn tak intelek......

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....