Siapa tidak kenal Tun Mahathir Mohamad? Negarawan tersohor yang memerintah Malaysia selama 22 tahun. Satu tempoh yang akan terpahat sebagai sejarah yang amat sukar untuk dipintas oleh sesiapa pun. Satu tempoh yang penuh dengan kejutan, cabaran dan "manipulasi" tahap tertinggi yang tidak terjangkau dek fikiran.
Dan nampaknya "kejutan-kejutan" itu masih "bersamanya" sehingga kini.
Tun M semalam telah berkata, apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi TPM, beliau telah datang berjumpa Tun M untuk memohon sokongan dan simpati bagi menggantikan PM. Atau ianya membawa maksud bagi menjatuhkan PM yg ada dan beliau mahu naik sbg PM.
Bagi saya itu adalah sebahagian dari propaganda politik Tun M dlm usaha mencapai matlamat politik beliau. Hari ini beliau sanggup buat apa sahaja asalkan matlamat beliau tercapai. Hatta sampai tahap mencuci dan mendewakan Anwar Ibrahim pun sanggup beliau lakukan. Orang yg beliau hina dan beliau aibkan secukupnya satu masa dulu. Setakat menyucikan Kit Siang dan Mat Sabu itu benda kecil sajalah.
Saya ingin mengajak kawan2 berfikiran secara logik ;
I) DSAZH adalah orang yg diangkat karier politiknya oleh DS Najib pada tahun 80an. Pernah menjadi setiausaha politik kpd DS Najib di KBS dan Mindef. Ramai orang kata DSAZH adalah orang Anwar. Itu silap. Anwar pernah menjadi KP Umno Malaysia. Dalam pemuda ketika itu Datuk Najib juga berada dibawah Anwar. Dan DSAZH juga berada dlm pemuda. Tetapi hakikatnya bukan Anwar yg membawa beliau dlm politik. DS Najib yg membawanya. Adakah logik beliau mahu membenamkan orang yg angkat beliau dan bersahabat selama puluhan tahun ?
II) DSAZH baru saja dilantik sbg TPM. Kerusi pun belum panas. Logikkah beliau datang berjumpa Tun M utk menjatuhkan PM dan mahu beliau menjadi PM? Sedangkan sebelum itu beliau telah melihat bagaimana TSMY tersungkur.
III) Untuk apa beliau datang berjumpa Tun M bagi mendapatkan sokongan untuk menjatuhkan PM, sedangkan orang Tun M hanya ada 1 kerusi sahaja dlm Dewan Rakyat, iaitu Pagoh. Bukankah lebih baik pada masa itu beliau mendapatkan sokongan dari Anwar Ibrahim yg mempunyai kerusi lebih byk ? Anwar juga boleh mendapatkan sokongan kerusi2 DAP utk DSAZH.
IV) Sejarah telah membuktikan bagaimana Tun M membohongi kita semua rakyat Malaysia. Tahun 1998 hinggalah tahun 2014, Tun tidak henti2 memberitahu kita bahawa Anwar seorang yg tidak bermoral dan tidak layak menjadi pemimpin. Habis negara kita jadi huru hara kerana perbalahan beliau dgn Anwar. Setiap minggu FRU kena kerja. Berapa banyak wang dihabiskan utk belanja gas pemedih mata dan FRU beli trak penyembur air baru ketika itu ? Yang dilokap dan di ISA berapa ramai ? Berapa ramai pula keluarga yg menderita ketika itu ? Ada yg bergolok gadai utk wang jaminan. Ada yg kaya jadi miskin kerana ditahan ISA kecuali Ezam. Yang kaya kerana hasil ditahan ISA. Malah ada rumahtangga yg runtuh. Tiba2 hari ini Tun M menyucikan Anwar dan meletakkan Anwar dlm senarai barisan kepimpinannya dan calon PM. Alasan yg diberikan oleh pengikut2 Tun M kononnya, Anwar telah menjalani hukuman. Satu alasan org terdesak. Dalam perkhidmatan kerajaan, untuk jadi seorang budak pejabat pun tidak boleh jika seseorang itu pernah menjalani hukuman penjara kerana jenayah. Inikan pula untuk menjadi PM ? Kalau begitu selepas Anwar bebas menjalani hukuman kali pertama dulu kenapa pada masa itu Tun M tidak mengunjungi Anwar dan rapatkan balik persahabatan ? Sebaliknya ketika itu beliau terus menerus menyerang Anwar.
V) Sejarah juga telah membuktikan Tun M membohongi kita semua berhubung DAP dan Lim Kit Siang. Selama puluhan tahun menjadi pemimpin Umno dan kerajaan tidak henti-henti beliau menanam, menyemai, membaja dan menyirami fikiran kita bahawa DAP dan Lim Kit Siang itu rasis dan chauvanis. Tiba-tiba pada bulan Mei 2017 Tun M memberitahu kita semua DAP bukan sebuah parti perkauman cina. Dan hari ini beliau menjadi rakan rapat Kit Siang. Bukankah itu satu pembohongan ?
VI ) Bulan Mei 2015 di Ipoh, tidak semena-mena Tun M mengumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin meletak jawatan. Beliau kata Pandikar datang berjumpanya. Lain yg Pandikar sampaikan, lain yg beliau umumkan. Lainlah jika Pandikar datang berjumpanya dan meminta beliau umumkan perletakan jawatannya. Sampai ke hari ini pun Tan Sri Pandikar masih kekal sebagai speaker ? Bukankah itu satu pembohongan ?
Berdasarkan sejarah2 di atas saya berani merumuskan bahawa apa yg disampaikan oleh Tun M berhubung DSAZH tidak lebih hanya sekadar propaganda politik beliau untuk mencapai matlamatnya. Saya tidak kata bahawa tidak benar DSAZH bertemunya. Mungkin DSAZH mengunjungi beliau atas dasar hormat dan juga ingin menjadi jambatan untuk memulihkan hubungan Tun dgn DS Najib. Atau DSAZH pergi dgn strategi2 politik tertentu yg telah diketahui oleh bosnya. Seingat saya selepas dilantik sebagai TPM, DSAZH juga ada mengunjungi Zainuddin Maidin yg juga orang kuat Tun M. Dalam masa yang sama DSAZH juga pernah menjadi Timbalan Menteri kepada Zainuddin sewaktu beliau menerajui Kementerian Penerangan.
Jadi tak usahlah kita ahli2 Umno hendak termakan propaganda Tun M dan pengikut2 nya. Kesepakatan, kekuatan dan kesatuan yang kita ada hari ini, itulah yg menjadi penghalang utama kepada mereka dalam mencapai matlamat mereka. Mereka cuba yakinkan kita hari ini yg Anwar itu telah suci, yang DAP itu bukan parti cina, yang Kit Siang itu tidak rasis, jadikan warna merah sebagai warna rasmi parti sebagaimana Umno, pakai nama yang ala2 kemelayuan mirip Umno, bersidang dan berhimpun cara Umno. Semuanya untuk apa ? Tidak lain tidak bukan adalah untuk menarik ahli2 Umno bersama mereka. Setakat ini mereka gagal. Apabila gagal mereka geram dan tuduh pula semua pemimpin2 Umno makan dedak. Mereka samakan kita dengan binatang, kemudian dalam masa yg sama mahu meraih sokongan kita. Itu cerdik atau bodoh ? Sekarang mereka cuba cara lain pula. Dan mereka akan terus berusaha dgn pelbagai cara untuk memecahkan kita.
Akhir kata, sokong PPBM sama seperti kita memberi sokongan kpd DAP dan Anwar. Ingat pesan bekas pemimpin kita, Tun M yg bahawasanya Anwar itu tidak bermoral dan tidak layak jadi pemimpin, DAP memperjuangkan agenda kecinaan dan Kit Siang itu rasis.
Maaf Tun, puluhan tahun untuk masuk dan tertanam dalam kepala kami tentang Anwar, DAP dan Kit Siang. Untuk Tun menyucikan mereka sekarang ianya belum sampai setahun lagi. Tun tunggulah 20 tahun lagi utk cuci kepala kami tentang Anwar, DAP dan Kit Siang. Selamat mencuba ya Tun…..
- SUMBER
- SUMBER
Eluk Zahid saman Tun jika dia memfitnahnya pula. Membiarkan perkara ini begitu sahaja menjadikan orang tua ini tambah galak.
BalasPadamkrn pangkat n jwtn manusia blh berubah.. tdk salah jika najib berwaspada.. sbb ada beberapa tindakan zahid yg tak selari dgn najib akhir2 ini.. satu lg minta zahid senyum ikhlas sikit bila bersama najib jgn senyum pahit mcm tu..
BalasPadam