Tiada apa yang mustahil atau pelik dengan Tun Mahathir. Pendedahan terbaru Perdana Menteri Najib Razak bahawa ISA digunakan Mahathir untuk memaksa perletakan jawatan Datuk Sri Zahid Hamidi semasa menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO berbelas tahun yang dulu, memang menggemparkan tapi mengenali Mahathir, tidaklah terlalu mengejutkan.
Ramai masih ingat pada satu masa dalam tahun 1998, Zahid ditahan di Sabah di bawah ISA tidak lama selepas pemecatan Anwar Ibrahim dan selepas itu beliau meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO. Tak pulak kita sangka perletakan jawatan itu kerana dipaksa (guna ISA pulak lagi). Ingatkan sukarela sebab Zahid pada waktu itu digambarkan duduk dalam kem Anwar yang Mahathir baru pecat.
Ia adalah Zahid yang mendedahkan semua syarikat kroni Mahathir di pentas Pemuda dalam perhimpunan Agung UMNO pada tahun yang sama.
Ada unsur salah guna kuasa pun ya ni, tapi bukan rahsia bahkan selalu diperkatakan pembangkang di negara ini satu ketika dulu bahawa Mahathir menjadikan ISA sebagai alat politiknya termasuk menggunakan pihak ketiga untuk menjalankan kerja kotornya supaya dia nampak suci sepanjang masa.
Bagaimanapun, rakyat seharusnya tak terkejut dengan pendedahan ini kerana berdasarkan pelbagai tuduhan pembangkang terhadap Mahathir selama berpuluh tahun – sebelum U-turn, salah guna ISA untuk kepentingan politik sendiri memang selalu dikaitkan dengan Mahathir. Suaram sebagai contoh, ditubuhkan semata-mata untuk membela mereka yang pernah ditahan dibawah ISA oleh Mahathir dan Suaram adalah nama lain kepada pembangkang.
Tiga Perdana Menteri sebelum Mahathir pun pernah tahan orang bawah ISA tapi tak wujud pertubuhan seperti Suaram, hanya zaman Mahathir sahaja. Ironinya sekarang, Mahathir pulak meniru bulat-bulat strategi Suaram dalam menskandalkan 1MDB terutama bahagian hantar orang sendiri ke beberapa negara luar membuat laporan berkenaan 1MDB sebelum mensensasikannya bila siasatan dijalankan pihak yang menerima laporan tersebut.
Jika apa yang terjadi kepada Zahid ini sudah lama, ingatlah bahawa tidak berapa lama sebelum ini, Mahathir pernah membayangkan untuk mengambil tindakan terhadap Peguam Negara kalau Pakatan menang PRU14 kerana tidak mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri dalam isu 1MDB.
Itu dengan dia takde jawatan tu, dah berani “ugut” nak ambik tindakan ke atas orang, apa lagi masa dia masih Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pulak lagi ketika Zahid ditangkap. Dalam masa yang sama, kalau ada bukti Mahathir menyalahgunakan kuasanya seperti didedahkan Perdana Menteri, tindakan undang-undang yang sewajarnya perlu dikenakan, sama seperti Anwar kena dulu. Baru padan.
Sumber: Mykmu.net
Sebab ada IASlah diktator boleh perintah sehingga 22 tahun. Bukak mulut sikit je sumbat dalam penjara tanpa dibicarakan. Kejamnya...
BalasPadam