#BANGKITBERSAMA : Indonesia Temu Malaysia Di Separuh Akhir Bolasepak #KL2017


Ayuh kita bangkit bersama memberikan sorakan semangat kepada skuad bolasepak Sukan SEA negara pada hari Sabtu ini yang bakal berdepan Indonesia pada saingan separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Indonesia, yang berada di tangga ketiga dalam kumpulan sebelum perlawanan itu, memintas Vietnam dengan satu mata untuk muncul naib juara kumpulan serta mengiringi juara bertahan, Thailand, dari kumpulan itu ke saingan separuh akhir.

Thailand muncul juara kumpulan itu dengan 13 mata manakala Indonesia 12 dan Vietnam dengan 10 mata.

Thailand akan menentang Myanmar, selaku naib juara Kumpulan A, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Ketua jurulatih Indonesia, Luis Milla berkata beliau sedar kemampuan anak buah Datuk Ong Kim Swee tetapi percaya pemainnya akan bersedia menghadapi cabaran tersebut.

“Kami sedar perlawanan dengan Malaysia adalah berbeza dalam suasana yang berlainan berbanding aksi pusingan awal. Saya harap pemain masing-masing akan menampilkan aksi terbaik mereka,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Malaysia mara ke separuh akhir selepas mengungguli Kumpulan A.

"Perjalanan skuad bola sepak negara sebenarnya agak berliku tetapi prestasi semasa mereka memberikan keyakinan dan tidak mustahil kejutan dapat dihasilkan mereka.

"Kim Swee merupakan jurulatih yang berpengalaman dan beliau telah membawa Malaysia meraih emas di Jakarta," 

Ayuh skuad Harimau Malaya, teruskan prestasi cemerlang anda semua sehingga kini dalam Sukan SEA kali ini bagi merebut ibu segala pingat ini.

Jadual Perlawanan Separuh Akhir, Tempat Ketiga dan Final Bola Sepak Sukan SEA 2017
TarikhPerlawananMasaKeputusanVenueLIVE
Separuh Akhir
26 OgosThailand vs Myanmar4:00 PMStadium MP SelayangKLIK Siaran Langsung
26 OgosMalaysia vs Indonesia8:45 PMStadium Shah AlamKLIK Siaran Langsung
Tempat Ketiga
29 Ogos– vs –4:00 PM
FINAL
29 Ogos– vs –8:45 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....