SUARAM : Adakah Tun M Akan Akur Dengan Tuntutan?


KUALA LUMPUR: Penasihat pertubuhan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong, sekali lagi menuntut bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana Operasi Lalang 1987.

“Bukan sahaja saya mahu dia memohon maaf, saya mahu dia tunjukkan kekesalan,” katanya pada sesi soal jawab pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia 2016 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini hari ini.

Polis menjalankan Operasi Lalang semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, bertujuan untuk menghalang rusuhan kaum.

Operasi itu menyaksikan 106 orang ditangkap, termasuk aktivis, pelajar, ahli politik dan artis ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kua berkata: “Sesetengah orang berkata ada dalam kalangan mereka yang ditahan semasa Operasi Lalang sudah memaafkan Dr Mahathir dan saya juga perlu melakukan perkara yang sama. Tetapi dari segi hak asasi, kamu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku maka kamu perlu menebusnya.

“Oleh kerana Dr Mahathir kini seorang demokrat, saya rasa beliau perlu memohon maaf kepada kami semua. Semua demokrat yang kata mereka boleh membiarkannya tanpa permohonan maaf cuma demokrat pada nama.”

Kemudian, ditanya mengenai keadaan hak asasi manusia di negara ini, Kua berkata tahap negara kekal buruk selagi ada undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

“Tetapi jika seorang perdana menteri yang berani, barangkali Dr Mahathir, berundur dan memansuhkan penahanan tanpa bicara, maka tahap itu juga dibaiki,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....