Menerusi berita di Malaysiakini, Kit Siang menyatakan mahu menjadikan Johor sebagai Penang yang kedua. Kit Siang berkata jika Johor berjaya ditawan sama seperti Penang pada #PRU14 dengan dibantu oleh Kedah, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, maka Putrajaya boleh ditawan.
Inilah angan-angan Ahli Parlimen Gelang Patah itu. Pemimpin diktator 51 tahun DAP itu juga pernah berkata sebelum ini, jika mahu tawan Malaysia maka harus bermula dan berakhir dengan Johor.
Johor kini adalah negeri yang terkaya di Malaysia. Destinasi pelaburan nombor satu dan pembangunan yang pesat berlaku di Johor. DAP memang mahu negeri yang kaya sahaja. Sama seperti Penang dahulu sebelum 2008.
Apa sudah jadi pada Pulau Pinang? Hutang kerajaan negeri meningkat. Tanah habis digadai dan dijual. Pelabur lari. Kilang tutup. Bajet kerajaan negeri pimpinan anak Kit Siang itu mencatat defisit sejak 2010 lagi. Habis semua kampung Melayu lesap.
Apakah ini mahu dilakukan DAP terhadap Johor? Tidak mustahil Johor juga akan jadi gagal seperti Penang jika DAP yang menguasai kerajaan negeri.
Di Pulau Pinang, sudah ada rancangan hendak dijadikan sebagai sebuah negeri Kristian jika DAP terus berkuasa dengan lebih lama lagi.
Dalam rekod Hansard perbahasan Dewan Negara yang berlangsung pada 19hb April 2017 yang turut mencatatkan Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah mendedahkan perihal Pulau Pinang yang mempunyai komuniti Evangelis Kristian yang pesat berkembang serta mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.
Selain daripada itu, beliau juga menyentuh tentang satu cadangan yang dikatakan dibuat pada tahun 2011 untuk menjadikan Pulau Pinang, Bandar Kristian dan Kristian ‘agama rasmi’ negara. Senator DAP Melayu mencelah dan menyatakan apa salahnya Penang dijadikan bandar Kristian?
Itu jawapan yang diberikan oleh Senator DAP berbangsa Melayu. Sampai begitu sekali jawapannya. Amat mengejutkan sekali. Bermakna, Melayu yang ikut DAP sanggup buat apa sahaja demi cita cita politik DAP.
Di Johor, siapa yang DAP mahu kudakan untuk dapat undi dan simpati Melayu?
Tidak lain tidak bukan, DAP (Democratic Action Party) akan perkudakan Presiden PPBM, Muhyiddin. Agenda DAP jelas, mahu Muhyiddin menjadikan Johor sebagai 'Penang yang kedua'.
Bagi DAP, Johor perlu menjadi mirip Pulau Pinang yang lebih bersifat terbuka dalam beragama, bersosial dan memiliki fahaman 'chauvinis' kerana geografi negeri tersebut yang berjiran dengan negara 'abang besar' DAP iaitu Singapura.
Segala gerakan yang lebih tersusun akan bertambah mudah sekiranya Johor berjaya berada di bawah takluk DAP, parti serpihan dari PAP Singapura.
Agenda besar DAP yang mahu pergunakan Muhyiddin ini bermula dengan gerakan 'Impian Johor' yang dilancarkan parti itu sejak 2016 dan diakui sendiri oleh Liew Chin Tong selaku Pengerusi DAP Johor.
Bagi mereka, Muhyiddin mampu untuk menarik minat pengundi Melayu untuk menambahkan lagi jumlah kerusi DUN Johor buat DAP dan rakan-rakannya. Untuk rekod, kedudukan terkini DUN Johor sekarang adalah BN (37), DAP (13), PAS (3), PKR (1), PAN (1) dan PPBM (1).
Pemilihan Muhyiddin untuk diperkudakan DAP ini seperti yang mereka lakukan di Pulau Pinang apabila mempergunakan Presiden PAN, Mohamad Sabu. Perkudakan Nizar di Perak dulu. Mungkin Muhyiddin akan diangkat sebagai bakal MB bagi pihak DAP.
PPBM tidak boleh buat apa. Parti itu tidak layak pun minta jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan. DAP dan PKR telah tolak. PPBM hanya layak jadi kuda bagi pihak DAP sahaja.
Peranan PPBM hanyalah untuk mempengaruhi undi Melayu agar dapat memberi sokongan terhadap mana-mana calon yang direstui DAP.
Justeru, 'Bangsa Johor' harus sedar mulai sekarang akan agenda besar DAP ini. Muhyiddin bukan lagi pejuang totok Melayu seperti dahulu. Darah perjuangannya sekarang sudah mula diserap dengan virus-virus DAP yang bakal merosakkan kekuatan agama, bangsa dan tanah air kita.
Hari ini sudah 42 kali Jumaat usia PPBM. Berdoalah sekejap nanti agar Johor kekal bersama BN dan impian Kit Siang itu hanya tinggal angan angan sahaja. Moga Allah SWT lindungi Johor dari rancangan jahat DAP ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....