KRISIS MEMUNCAK : Mahathir Ditolak, PH Tiada Kesepakatan Bakal PM


Tindakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menolak pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membuktikan Pakatan Harapan sememangnya berdepan krisis kronik. 

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata krisis keyakinan dan kepemimpinan kronik yang melanda Pakatan Harapan itu berisiko menjadi 'kudis' berkekalan, sekali gus menjadi penghalang utama rakyat untuk memberi mandat kepada kepemimpinan gabungan pembangkang itu pada PRU akan datang.


"Perkara ini sememangnya sudah dijangka dan Pemuda UMNO Kedah sendiri tidak yakin sama sekali dengan keupayaan bekas Perdana Menteri itu untuk menjadi Pengerusi Pakatan Harapan yang bakal dibentuk, terutama atas dasar faktor umur dan pendirian 'U Turn' yang memperlihatkan prinsip mudah dijual beli." 

"Pemuda UMNO Kedah juga hairan dan terkejut sama sekali apabila kepimpinan pembangkang sanggup mempertimbangkan cadangan itu...hakikatnya PPBM masih lagi mentah, tetapi mempunyai nafsu politik yang besar kerana mahu menjadi pemain utama politik adu domba pembangkang," katanya". 

Shaiful Haziziy berkata, kehadiran PPBM di dalam kumpulan pembangkang sedia ada hanya memburukkan keadaan dan bukan menjadikan mereka bertambah kuat. Beliau berkata, tanggapan bahawa Mahathir adalah 'senjata' politik baru adalah tidak betul, sebaliknya kedudukan Mahathir hanya menjadi liabiliti baharu politik kepada pakatan pembangkang.

"Kenyataan yang tidak konsisten dan pada masa sama integriti kekayaan luar biasa keluarga boleh menjadi barah baharu di dalam pakatan pembangkang. "Pemuda UMNO Kedah yakin bahawa pakatan pembangkang mampu menjalankan fungsi dan tanggungjawab mereka dengan lebih baik walaupun dengan ketiadaan Mahathir," katanya.

Shaiful Hazizy pada masa sama berkata Pemuda UMNO Kedah menggesa pimpinan PPBM bersikap telus dan menjawab segala persoalan diutarakan beberapa EXCO Armada dan tidak mendiamkan persoalan itu tanpa dijawab."

"Kalau sebelum ini pimpinan PPBM menuduh UMNO tidak telus atau membina kekayaan atas dasar kuasa politik, mereka pun perlu tampil dan beri penjelasan bukan sekadar kembali menuding jari terhadap UMNO atas pelbagai alasan." 

"Pemuda UMNO Kedah percaya rungutan dan kenyataan dua exco ARMADA sebelum ini mempunyai asas dan perlu disiasat. PPBM tidak boleh menjadi ayam jantan berkokok lantang dan pada masa sama, ekor bergelumang najis," katanya.

1 ulasan:

  1. bagi video atau PC menunjukkan krisis memuncak? Gebang kosong, nenek ko punya post lagi baguih kot pasal kuah muih...ha.ha...(publish ke tak?) Kalau tak publish komen..memang syok sendiri la gamaknya..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....