HUKUMAN MATI!!! Tiada Maaf Buat Pengganas Lahad Datu!!!


Amekkau!!! Inilah yang sepatutnya dan ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh keluarga perwira-perwira yang terkorban di Lahad Datu malahan seluruh rakyat Malaysia. Keganasan dan kekejaman yang langsung tidak dapat diterima.

Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas 9 rakyat Filipina atas tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam kes pencerobohan Lahad Datu pada 2013.

Keputusan sebulat suara itu diumumkan hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh yang mempengerusikan panel 3 hakim, membenarkan rayuan pihak pendakwaan mencabar hukuman penjara seumur hidup ke atas mereka yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tahun lalu.


Mereka ialah Julham Rashid, Virgilio Nemar Patulada, Salib Akhmad Emali, Tani Lahad Dahi, Basad Manuel, Datu Amirbahar Hushin Kiram, Atik Hussin Abu Bakar, Al Wazir Osman dan Ismail Yasin, berumur antara 42 dan 77 tahun.

Mereka merupakan antara yang dituduh terlibat dalam pencerobohan Sabah pada 11 Februari, 2013.

Pencerobohan itu melibatkan kira-kira 200 anggota militan atas arahan Jamalul Kiram III, salah satu pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu dan mendakwa Sabah merupakan wilayah jajahannya.

Insiden itu berakhir dengan kematian 56 militan. Turut terkorban ialah 10 anggota keselamatan Malaysia dan 6 orang awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....