Alahai.... Apa nak jadi ni. Dah bermacam-macam Atok buat untuk memburukkan Najib dan Malaysia di mata dunia. Jual negara la, Malaysia nak bankrap la, pelabur lari la, ruang dan peluang perniagaan tak kompetitif la dan macam-macam lagi. Ni silap-silap Atok kata Najib "bayar" IMD untuk keluarkan laporan ni. Kikiki.....
Malaysia berada pada kedudukan ke-24 dalam Laporan Tahunan Daya Saing Dunia (WCY) 2017 yang dikeluarkan oleh Institut Antarabangsa bagi Pengurusan Pembangunan (IMD), hari ini.
Walaupun jatuh daripada kedudukan ke-19 yang dicatatkan tahun lalu, Malaysia kekal sebagai antara 25 negara paling berdaya saing daripada 63 negara di dunia termasuk Hong Kong, Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan Belanda.
Dalam ranking terkini itu, meskipun kedudukan negara diambil alih oleh Finland, China, Ireland, Israel dan Belgium, Malaysia terus mendahului Austria yang menduduki tempat ke-25, Jepun (ke-26) dan Korea (ke-29). Malaysia juga menduduki tangga kedua dari segi ekonomi paling berdaya saing di ASEAN dan dalam kalangan 32 negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita kurang AS$20,000.
Dalam laporan itu juga memperlihatkan Malaysia menduduki tempat ke-13 dari segi prestasi ekonomi yang mengambil kira penilaian ekonomi makro domestik. Kekuatan negara adalah dalam harga petrol (tempat keempat), pengangguran jangka panjang (tempat kelima) dan kadar pengangguran (tempat keenam) yang menunjukkan kejayaan usaha pengukuhan fiskal dan dasar ekonomi jangka panjang.
Kelemahan utama negara pula pula membabitkan kadar tukaran asing (tempat ke-48), apabila sebahagian besarnya berikutan pergerakan turun naik ringgit yang tidak menentu tahun lalu dan KDNK per kapita (tempat ke-46).
Bagi Kecekapan Kerajaan yang mengukur sejauh mana dasar kerajaan yang kondusif kepada daya saing, Malaysia menduduki tempat ke-25 dengan kekuatan negara adalah kadar cukai penggunaan (tempat ke-7) dan jumlah hasil cukai dipungut (kedudukan ke-10), dengan sebahagian besarnya berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Secara keseluruhannya, dasar cukai Malaysia berada pada kedudukan ke-11. Sebaliknya, negara ini masih perlu untuk meningkatkan prestasi dalam bidang seperti prosedur permulaan (kedudukan ke-53). Dalam laporan itu juga memperlihatkan dari segi Kecekapan Perniagaan, Malaysia berada pada kedudukan ke-19 dan tempat ke-32 dari segi infrastruktur.
Mengulas mengenai kedudukan terkini daya saing negara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata Malaysia perlu terus menanda aras dengan ekonomi yang mencatatkan prestasi terbaik seperti Hong Kong, Switzerland dan Singapura.
Beliau berkata, semua pihak perlu bekerja keras dalam meningkatkan kedudukan negara pada tahun depan. "Kita mempunyai momentum yang baik setakat ini bagi 2017, tetapi kita tidak boleh selesa.
"Usaha yang menyasarkan kepada kemajuan persekitaran pelaburan Malaysia dan dasar galakkan yang akan meningkatkan perdagangan, mengurangkan bebanan peraturan dan mengukuhkan kemampuan teknologi negara akan dipertingkatkan," katanya.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....