PELACUR REMAJA : Ketua UMNO Bahagian Dedah Pengibatan VIP Politik?


Seorang wanita didakwa menjadi dalang sindiket pelacuran kelas atasan di negeri Melaka.

Wanita berusia 40 tahun itu dikatakan mempunyai kaitan dengan aktiviti melacur remaja perempuan di sekitar Melaka dengan menyasarkan golongan VIP sebagai pelanggan.

Perkara itu didedahkan Naib Ketua UMNO Bahagian Bakri Muar, Datuk Mohamed Mustafa Abdul Kadir yang mendakwa sindiket itu turut didalangi seorang ahli politik berpangkat Datuk Seri.

Menurut Mohamed Mustafa, beliau pernah diberitahu wanita itu sendiri yang kegiatan ini membabitkan remaja perempuan seawal usia 14 tahun yang dilatih untuk dijadikan pelacur kelas atasan dengan bayaran RM2,000 ke RM5,000 untuk satu malam.

Lebih menyedihkan, katanya, sindiket itu dipercayai licik dalam memujuk remaja berbangsa Melayu untuk menyertai mereka dengan dijanjikan kemewahan.

Malah, menurutnya, ada antara remaja yang dilacurkan dipaksa merakamkan aksi seks mereka untuk dijual.

Mohamed Mustafa mendakwa mengikuti rapat sindiket berkenaan bagi mengetahui modus operandinya.

Beliau dalam pada itu meminta agar pendedahannya ini mendapat perhatian dan disiasat pihak berwajib.

Pada 28 Mac lalu, Mohamed Mustafa didakwa di Mahkamah Ayer Keroh kerana positif dadah jenis Methamphetamine.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah - astroawani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....