MIMPI NGERI : Mangsa Culik Abu Sayyaf Kongsi Kesengsaraan Dalam Tahanan


Dua daripada lima nelayan rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di Filipina pada Julai tahun lepas melalui detik menyeksakan sepanjang lebih lapan bulan berada dalam tahanan kumpulan pengganas itu.

Tayudin Anjut, 45, dan Abdul Rahim Summas, 63, yang diselamatkan pasukan keselamatan Filipina di selatan republik itu pada Khamis lepas, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, malam Ahad.

Menurut Tayudin, mimpi ngeri kesemua mereka yang merupakan kru kapal tunda Serudong Tiga bermula apabila diculik kumpulan Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu, Sabah pada 18 Julai 2016.

Tayudin dan Abdul Rahim yang kini mengalami pelbagai masalah kesihatan berkata mereka sering diseksa seperti hamba abdi dan hanya diberi sisa makanan kumpulan terbabit dan meminum air masin bagi meneruskan kehidupan. 

"Kami disuruh memasak untuk mereka dan hanya sisa makanan mereka akan diberikan kepada kami...jika tiada lebihan makanan maka tiada makanan untuk kami.

"Mata kami sering ditutup dan tangan kami sering diikat...kami juga sering dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain pada waktu malam di dalam hutan yang tidak diketahui," katanya sambil menangis kepada pemberita di sini pada Isnin.

Kedua-dua mangsa culik itu pagi tadi bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk melahirkan sendiri penghargaan kerana kerajaan tidak berputus asa menyelamatkan mereka.

"Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Filipina yang menyelamatkan kami, sepanjang lapan bulan, kami tidak putus harapan dan percaya kami akan diselamatkan satu hari nanti," katanya.

Menceritakan detik mereka diselamatkan, Tayudin berkata dia dan Abdul Rahim dibawa oleh orang kampung menaiki perahu sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Filipina. 

"Pada malam itu, kami berdua tidak tahu kami sedang diselamatkan malah tiga lagi rakan yang turut diculik juga tidak mengetahuinya dan tidak dapat diselamatkan ketika itu," katanya menurut laporan Bernama.

Tayudin dan Abdul Rahim yang masih trauma, berkerusi roda dan tidak mampu berjalan akibat diseksa ketika diculik turut mengalami masalah penglihatan akan dirawat di Hospital Selayang sebelum dibawa pulang ke Sabah.

Kedua-dua mangsa juga mengalami masalah pundi kencing tidak berfungsi akibat terpaksa meminum air masin.

Kedua-dua mereka turut dipertemukan dengan keluarga mereka di kediaman Perdana Menteri di Jalan Taman Duta di sini, sambil disaksikan Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Tayudin disambut isterinya Rustia Sultan, 47, dan dua anak mereka iaitu Nurerin Farisha, 13, dan Mohd Fahirin, 5, manakala Abdul Rahim disambut anak keduanya Rasniyati, 40, dan beberapa anggota keluarga lain, tidak dapat menahan tangis sejurus bertemu.

Menurut Tayudin, penculik membenarkan mereka menghubungi keluarga melalui telefon beberapa kali dalam tempoh tersebut, dan setiap kali itu juga, penculik mengugut untuk membunuh mangsa.

Abdul Rahim yang menghidap darah tinggi berada dalam keadaan lemah mengadu sakit di seluruh tubuh dan tidak boleh melihat dengan jelas.

Sementara itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid kira-kira pukul 9.30 pagi Isnin mengesahkan tiga lagi rakan Tayudin dan Abdul Rahim yang turut diculik, Fandy Bakran, 27, Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, telah diselamatkan tengah malam Ahad.

3 ulasan:

  1. MEKASIH YAB PM DS Mohd. Najib Tun Abd. Razak & YAB DS Abd. Azeez Abd. Rahim terCINTA kita serta YAB Presiden Rodrigo Duterte & K’jaan Filipina – kerana MENYELAMATkan nelayan2 MALANG kita di FILIPINA ni! Aku harap depa & keluarga depa diBELA sepenuhnya oleh Kem. LUAR BANDAR & juga Kem. Kesihatan (utk. rawatan jangka panjang masalah2 kesihatan depa ni termsk. kaunseling trauma) di atas PENDERITAAN depa selama ni!

    Kumpulan TERORIS Abu Sayyaf BINATANG BUAS tu sebenaqnya diTUBUHkan oleh rejim2 KANIBAL/NECROPHILIA IS-rael/MOSSAD-CIA/NA*O (yg. juga MENUBUHkan TERORIS Kanibal/Necrophilia IS/ISIS/ISIL sp. diDEDAHkan oleh bekas PERISIK CIA/NSA, Snowden – utk. menJATUHkan agama2 ISLAM/KATHOLIK serta mengHAPUSkan bangsa BUMIPUTERA Islam/Katholik, bermula di DUNIA ISLAM Arab)!!! Juga utk. MENAKLUK Laut Cina Selatan serta LAUTAN PASIFIK/LAUTAN HINDI keseluruhanya yg. juga mengandungi berTRILLION minyak/gas LAUT DALAM!

    Apalagi Filipina adalah negara KATHOLIK terbesar di ASIA! Sbb. tu puaka2 ZIONIS juga sedg. menSASARkan gerakan MENGGUGURkan anak2 secara BESARAN di kalangan ORANG ASAL/INDIGENOUS Katholik di Filipina (begitu juga di Amerika Selatan) dan di"convert"kan depa jadi Kristian ZIONIS, terutamanya di BARAT (Kristian ZIONIS adalah mengikut budaya puak SETAN ZIONIS, termsk. mengHALALkan apa sj. perangai BINATANG BUAS-mcm. puak ZIONIS)!

    Lihat di - http://mycatbirdseat.com/2012/08/grace-halsell-courageous-truthseeker-and-de-bunker-of-christian-zionist-doctrine/, Grace Halsell: courageous truthseeker and de-bunker of, Christian Zionist doctrine, By Stuart Littlewood Aug 13, 2012; dan di - http://www.informationclearinghouse.info/article35747.htm , Christian Zionism: The Heresy that Undermines Middle East Peace: Christian Zionism is the largest, most controversial and most destructive lobby within Christianity. It bears primary responsibility for perpetuating tensions in the Middle East, justifying Israel’s apartheid colonialist agenda and for undermining the peace process between Israel and the Palestinians, By Rev Dr Stephen Sizer!

    Tok Landak.

    Nota: Si spesis TERORIS PENJAJAH Zionis DAPJUBOQ BABI-si KAFIR HARBI PARASIT/LANUN/PEROMPAK/PERASUAH/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL-si puaka RASIS/PORNO/HOMO-si KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD - juga sedg. menCURI identiti RAZALI/TOK LANDAK/NEK TEMPOYAK/MAKCIK SAMBAL BELACAN utk. SABOTAJ/PALSUkan komen2 yg. ANTI-DAPJUBOQ BABI & yg. pro-YAB PM; serta mengGERTAK nak BUNUH/ROGOL Nek Tempoyak & Bapanya yg. bekas ASKAR, kerana depa punya TAKUT atas PENDEDAHAN Razali & mulut2 CILI PADI BERAPI Tok Landak/Nek Tempoyak/Makcik Sambal Belacan yg. amat ANTI-DAPJUBOQ BABI!

    BalasPadam
  2. Apa KEJADAHnya ni?!!! Lihat HUKUMAN2 amat RINGAN & TAK logik ni di atas kes PENCULIKAN oleh PATI2 HARAM JADAH ni ke atas RAKYAT M'sia kita! Mana SPRM?!!!

    Lihat di - http://peraktoday.com.my/2017/03/five-linked-to-kidnapping-of-housewife-admit-overstaying-working-illegally/ :

    Five linked to kidnapping of housewife admit overstaying, working illegally

    (Tok Landak)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah syukur kpd Allah.. sanjungan tertinggi kpd semua pihak2 yg berani mati melibatkan diri menyelamatkan mangsa ini.... Allah saja yg tahu kesengsaraan mereka alami

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....