LU LANGSI : Pemandu Bas Ekspres Darul Naim Telah Disiasat SPAD!!


Baru baru ini heboh di mana netizen menyebarkan dan memviralkan video seorang pemandu bas sebuah syarikat ternama Darul Naim Express yang telah memandu secara merbahaya tanpa memperdulikan nasib penumpang di dalam nya.
Walaupun video itu mencecah hampir setengah juta share namun perkara paling penting tidak di lakukan ia itu menghantar kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Video sikap pemandu bas itu boleh di selesai dalam sekelip mata tanpa jutaan share pun jika hanya menalipon pihak SPAD.


KLIK SINI sekiranya video tidak dapat ditonton

Namun tabiat suka menyebarkan dan memviral kan kepada orang ramai lebih utama di lakukan.

Kiraan kami video itu telah di share sebanyak 4000+ dan mendapat 1000+ komen tetapi apa lah guna ramai yang masuk campur tanpa perkara paling penting di buat ia itu talipon dengan segera kepada SPAD dan pemandu itu pasti akan di tahan dalam masa beberapa minit sahaja.

Dalam video berkenaan memaparkan pemandu bas lelaki syarikat Darul Naim Express memandu dalam keadaan berbahaya, mengejar kenderaan Tunku Khalsom serta menunjukkan isyarat tangan dalam kejadian di Lebuh Raya Karak, Pahang.

Menurutnya, dalam kejadian pada 18 Mac lalu, dia bersama bayinya berusia satu tahun dan ibunya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Genting Highland.

Jelasnya, pemandu bas ekspres terbabit yang memandu kenderaan dengan nombor pendaftaran WWU5909 telah memandu pada lorong paling laju ketika melepasi terowong, yang dipercayai berdekatan dengan Genting Sempah.

“Dia datang dengan laju (dan) telah mengejutkan semua orang dalam kenderaan kami. Emak saya yang memandu kenderaan tersebut bertindak membunyikan hon kepada pemandu bas itu supaya dia boleh memperlahankan pemanduannya. (Namun), dia mula membunyikan hon semula kepada kami.

“Marah dan bimbang memandangkan bersama (dalam kereta) kami adalah anak saya berusia satu tahun, emak saya cuba menjauhkan diri daripada situasi berbahaya tersebut,” katanya.

Katanya, situasi semakin mencemaskan apabila pemandu bas ekspres itu seolah-olah tidak berpuas hati dan bertindak mengejar kenderaan dipandu ibunya serta beberapa kali cuba memotong kenderaan mereka.

“Dia langsung tidak memberi isyarat (ketika menukar lorong), hanya menukar dari satu lorong kepada satu lorong dengan pemanduannya yang mengarut.

“Dia berjaya memintas dan saya meminta ibu memperlahankan kenderaan kerana anak saya di dalam kereta, jadi dia berjaya memotong kenderaan kami,” tulisnya.

Akhirnya, mereka berjaya melepas situasi cemas tersebut dan menjauhkan diri daripada pemandu bas ekspres itu selepas melepasi tol.

Berdasarkan video yang dikongsi secara jelas menunjukkan pemandu bas ekspres itu memandu dalam keadaan berbahaya apabila secara melulu menukar lorong dan memotong beberapa kenderaan lain tanpa memberikan sebarang isyarat, selain kelihatan pemandu bas itu menghimpit kereta dipandu mangsa sehingga mengakibatkan mereka hampir terlanggar pembahagi jalan.

“Kami bersyukur kerana tiada kejadian buruk yang berlaku, tetapi kami tahu berapa banyak nyawa yang melayang membabitkan kemalangan bas.

“Kepada pemandu bas, anda telah membahayakan nyawa saya dan keluarga dan semua pengguna jalan raya.

“Itu adalah sesuatu yang memalukan dan anda tidak patut dibenarkan memandu,” tulisnya.

Jelasnya, aduan berhubung insiden penuh dramatik dan berbahaya itu telah dibuat kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan status terkini SPAD telah mengambil tindakan ke atas pemandu bas itu dan siasatan sedang dijalan kan.


Berikut kenyataan SPAD berkenaan kes di atas.

KENYATAAN MEDIA SPAD
SPAD SEDANG MENJALANKAN SIASATAN TERHADAP INSIDEN PEMANDU BAS EKSPRES SECARA BERBAHAYA
KUALA LUMPUR, 22 MAC 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan berikutan video yang dihebahkan melibatkan bas Darul Naim Express Sdn. Bhd. yang dipandu secara berbahaya di Lebuhraya Karak pada Ahad, 19 Mac 2017. Pihak Suruhanjaya sedang menyiasat kes tersebut di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010).
Berikutan insiden tersebut, SPAD telah mengambil langkah-langkah berikut:
Pasukan Penguatkuasa SPAD telah mengesan pemandu tersebut, merakam kenyataan pemandu bas itu dan menggantung permit kenderaan tersebut bagi membantu siasatan.
SPAD telah merakam kenyataan yang dibuat oleh pengendali bas Darul Naim Express pada 21 Mac 2017.
Berdasarkan hasil siasatan, SPAD akan mengambil tindakan di bawah APAD 2010 ke atas pihak-pihak yang didapati melanggar undang-undang.
SPAD akan bekerjasama dengan JPJ bagi memastikan langkah yang sewajarnya diambil terhadap pemandu bas yang telah membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya lain.
-Tamat-
Bagi sebarang pertanyaan media:
Bahagian Komunikasi,
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Tel: +603 2726 7000/Faks: +603 2726 7007

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....