ANTI ISLAM DAN MELAYU : Beranikah Kit Siang Sahut Cabaran?


Penasihat DAP, Lim Kit Siang dicabar untuk menukar perlembagaan parti itu agar selaras dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai bukti beliau bukan anti-Islam dan anti-Melayu.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Kit Siang perlu mema­sukkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hak istimewa orang Melayu di dalam perlembagaan DAP jika beliau benar-benar ikhlas terhadap Melayu.
“Kit Siang kena buktikan dia iktiraf hak istimewa Melayu de­ngan memasukkan perkara berkenaan di dalam perlembagaan parti tersebut.

“Perkara ini tidak mustahil untuk Kit Siang lakukan sebab dia berkuasa dalam parti, tetapi saya yakin dia tidak akan berani me­lakukannya,” kata­nya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini mencabar Kit Siang untuk mendakwanya di mahkamah sekiranya dakwaan beliau bahawa Penasihat DAP itu rasis, anti-Islam dan diktator politik tidak benar.

Sebagai maklum balas kepada cabaran Annuar, Kit Siang memberikan gelaran bapa segala rasis kepada Annuar tanpa menafikan dakwaan terhadapnya.

Menurut Tunku Abdul Aziz, bagi membuktikan dirinya bukan anti-Islam, Kit Siang juga perlu menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 serta hukum hudud.

“Kedua-dua undang-undang tersebut tidak ada kena mengena de­ngan mereka yang bukan Islam, tetapi Kit Siang paling kuat menentang pelaksanaan undang-undang syariah untuk umat Islam tersebut.

“Ini merupakan waktu terbaik untuk buktikan Kit Siang tidak bermain wayang semata-mata,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, Kit Siang yang dikenalinya hanya menjadikan orang Melayu sebagai boneka politik semata-mata.

“Untuk mengiktiraf hak keistimewaan Melayu memang kita tahu Kit Siang tidak akan lakukannya, jadi bagaimana dia nak buktikan dia bukan anti-Islam dan anti-Melayu.

“Soal orang Melayu dan agama Islam hanya dipandang sepi dalam DAP yang dikuasai Kit Siang, setakat masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja,” jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....