RASUAH : Pengarah Agensi Sebuah Kementerian Disiasat SPRM!


Seorang pengarah agensi di sebuah kementerian sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan memberikan projek pembekalan peralatan untuk agensinya kepada kontraktor-kontraktor yang berkepentingan.


Menurut sumber, pengarah itu disiasat selepas disyaki menerima sejumlah wang rasuah daripada kontraktor-kontraktor supaya syarikat mereka dipilih semula untuk melaksanakan projek-projek pada masa akan datang.

Katanya, kontraktor-kontrak­tor yang dilantik oleh suspek dikatakan akan menggunakan nama beberapa syarikat berlainan ketika menghantar sebut harga untuk mengaburi jawatankuasa pemilihan.

“Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan bagi me­ngumpul semua maklumat berhubung perbuatan yang dilakukan individu tersebut.

“Selain itu, SPRM juga akan menjalankan siasatan terhadap projek-projek yang diluluskan suspek sehingga kini sama ada terlibat dalam kegiatan rasuah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan perkara tersebut.

Jelasnya, pihaknya kini sedang menyiasat penglibatan suspek dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah namun enggan mengulas lanjut mengenai fakta siasatan.

1 ulasan:

  1. Dan aduan diterima drp kontraktor yg tk dapat projek tersebut... Asyik kontraktor sama jer yg dapat. Hahaha... Trick biasa nk makan rasuah...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....