Dia lainlah, kekayaan yang dimilikinya entah berapa keturunan pun tak tahu bila akan habis. Kekayaan di dalam mahupun di luar negara (katanya tak boleh bawa masuk Malaysia) tidak terhitung banyak hasil "simpanan" selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Tak perlulah sampai menghina kekurangan orang lain. Golongan nelayan menyifatkan anggapan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap mereka yang menerima bantuan kerajaan sebagai pengemis, merupakan penghinaan yang keterlaluan.
Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu), Mat Yassin Mohamed berkata, Dr. Mahathir ternyata tidak lagi berada pada kedudukan untuk merasai denyut nadi golongan itu yang sememangnya mengharapkan kerajaan terus membela nasib mereka.
“Inilah yang telah dilakukan kerajaan termasuk memberi elaun bulanan kepada masyarakat nelayan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) setiap tahun. Mengapa tiba-tiba segala pemberian ini dianggap begitu buruk dan penerimanya dihina sedemikian rupa.
“Jika beliau tidak bermain politik lagi ketika ini, tentunya penghinaan ini tidak berbangkit. Mengapa tidak kecam pula golongan korporat dan lain-lain yang terima bantuan sebagai kemudahan daripada kerajaan sehingga mereka hidup mewah sekarang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan, Dr. Mahathir berterusan memburuk-burukkan inisiatif kerajaan membantu golongan kurang berkemampuan termasuk BR1M dan Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan menyifatkan penerima-penerima bantuan berkenaan umpama pengemis.
Menurut Mat Yassin, para nelayan benar-benar terguris hati dan berasa sangat terhina dengan tohmahan yang dilemparkan oleh bekas Perdana Menteri itu kerana sebagai seorang tokoh pemimpin dan negarawan yang disegani, beliau tidak wajar mengeluarkan kenyataan seumpama itu sehingga rakyat hilang rasa hormat terhadapnya.
Pengerusi Persatuan Nelayan Marang, Sulong Ismail turut terkilan dan terguris hati dengan anggapan Dr. Mahathir dan meminta bekas Perdana Menteri itu segera memohon maaf kepada golongan nelayan.
“Selama ini kita berjuang habis-habisan agar kerajaan menyalurkan bantuan kepada nelayan dan setelah bantuan itu dinikmati hari ini, tiba-tiba Dr. Mahathir tergamak menyifatkan kami sebagai pengemis,” ujarnya.
Sementara itu di ALOR SETAR, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Ahmad Rudin Hussain berkata, bekas Perdana Menteri itu tidak sepatutnya mempersenda bantuan yang begitu diharapkan golongan nelayan semata-mata untuk berpolitik.
Katanya, lebih 100,000 nelayan terguris hati dan kecewa dengan kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu memandangkan kebanyakan nelayan adalah golongan berpendapatan rendah yang amat memerlukan bantuan kerajaan untuk meneruskan hidup dalam keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi pada masa ini.
“Kami memang mengharapkan bantuan kerajaan bagi menstabilkan pendapatan nelayan yang tidak menentu selama ini. Insentif yang diberikan itu adalah bukti kerajaan prihatin dengan nasib nelayan dan pada masa sama itu memang tanggungjawab pemerintah negara untuk membela golongan berpendapatan rendah.
“Namun, jangan merendahkan kami sebagai pengemis hanya kerana kami (nelayan) mendapat bantuan bulanan daripada kerajaan. Saya mewakili 100,000 nelayan lain berasa sedih dan terkilan dengan kenyataan Dr. Mahathir itu,” katanya.
Utusan
Datuk Seri Mohd Najib mengatakan bahawa blogger pro BN yang bangang apa cerita blogger Belia Bangkit?
BalasPadamTun Dr. Mahathir tak kata pun nelayan sebagai pengemis, tetapi perbuatan kerajaan yang menjadikan nelayan seperti pengemis, bagi ikan kecil, tak bagi pancing, patutnya bagi bantuan bot, enjin, pukat untuk mencari rezeki, bukannya tabur duit RM 200.00 sebulan, apa nelayan nak makan RM 200.00 sebulan?
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli Parti Pribumi BERSATU Malaysia
Bahagian Jerlun
Kedah Darul Aman
Encik Mohamad Faiz Hamzal Ismail pernah ke hidup dan membesar dalam keluarga Nelayan..???
Padamptuihhhh...!!!
Ini statement bangang punya. RM200 memang tak mampu nak memenuhi keperluan sekeluarga buat sebulan, tetapi sekurang-kurangnya meringankan beban. Bersyukurlah anda tidak dilahirkan sebagai nelayan, tetapi jangan menghina orang lain
Padamkadang2 ada segelintir yang langsung tidak tau keadaan sesuatu tetapi cuba tunjuk kan yang diri tu macam paham segala
BalasPadamKerala sekeluarga dah semakin menonjol perangai gila. Dah macam lebih nada kapir dari Melayu Islam.
BalasPadamTabur duit kepada nelayan tak boleh. Macam-macam alasan. Nelayan suruh dibagi joran, enjin bot, pukat dan peralatan. Kenapa kaum kerabat Mahathir tak diberi skrew dan spanar agar mereka jadi mekenik dahulu sebelum dapat projek berbillion proton.
BalasPadamLu mau cakap apa lagi Faiz. Hang mai dari Jerlun kan. Kami cukup paham siapa dia tukang tabuq dedak kat hang agar hang boleh berkokok siang malam.
Win... takut depa tak kenai Skru dan Spanar ka?
PadamKaum kerabat Maharhir memang sah kaya raya sekarang. Orang Kedah tau siapa suku sakat dia. Orang Kedah tau latar belakang keluarga dia.Mahathir menjadi harapan golongan susah. Namun dia lemas dalam kekuasaan selama 22 tahun.
BalasPadamJangka masa 22 tahun telah menyebabkan dia sudah lupa asal perjuangannya. Dia lesu dilambung pujian kaki ampu yang berada disekelilingnya. Dia tidak boleh membeza yang jujur dan pengkianat. Kini dalam usia 90 tahun masa itu terlalu suntuk untuk persiapan perjalanan yang jauh dan kekal.
Dia terpaksa mengukuhkan kedudukan juak-juaknya kerena mereka tahu dia tak akan lama bersama mereka. Mereka adalah manusia2 tamak dan haloba. Mahathir juga yang akan rugi. Itulah pilihan perjalanan hidup Dr. Mahathir.
Ya... kesian kan? Kita tidak lupa, tidak akan lupa jasa-jasanya buat negara. Namun janganlah kita diperbodohkan dengan segala tindak-tanduknya yang semakin tidak berasas dan hilang rasional. Kami mahukan Mahathir yang dulu, bukan yang sekarang!
PadamWah bestlah blog..admin.
BalasPadamSatu pembaharuan..orang komen terus admin balas..baru ada semangat..bukan mcmn blog lain tu..komen Rba diberi tempat..dah tu..dibiar jer tanpa diulas. So naik tocanglah mereka