Alahai.... Lain yang diharap, tetapi lain pula hasilnya. Majoriti rakyat Malaysia menolak sikap hipokrit Bersih dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.
Berasaskan jumlah peserta Bersih 5 yang keluar semalam, Salleh berkata ini menunjukkan kegagalan serius buat Dr. Mahathir dan parti baharunya, rakan baharu dalam gabungan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.
Beliau berkata penubuhan parti baharu Dr. Mahathir bertujuan menghimpunkan penyokong baharu orang Melayu untuk Pakatan dan Bersih 5.
“Namun, mereka yang berarak hari ini hanya tiga peratus dari perhimpunan Bersih tahun lepas – iaitu, 15,500 hari ini berbanding 500,000 tahun lepas yang didakwa Bersih.
“Jikapun anda ambil kira angka yang diberikan Malaysiakini, jumlah hari ini tidak lebih daripada 41,000 – kurang daripada 10 peratus daripada angka yang didakwa Bersih tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Salleh berkata, kesan daripada Dr. Mahathir dan kroninya menyertai Bersih menyaksikan jumlah peserta yang keluar menurun hampir 97 peratus.
“Orang Melayu mengesan agenda peribadinya dan enggan turut serta. Dan beribu-ribu rakyat Cina Malaysia yang menyertai Bersih tahun lepas begitu mual melihat Mahathir terlibat, mereka duduk saja di rumah,” kata beliau.
Salleh juga berkata majoriti rakyat Malaysia dapat melihat bahawa PPBM parti yang ‘sudah berlalu’ dan menemui kegagalan.
“Diwujudkan hasil kekecewaan Mahathir akibat anaknya tidak berpeluang menjadi perdana menteri selepas UMNO menolak beliau,” katanya.
Menteri itu berkata demokrasi tegak kukuh di Malaysia.
“Ia tidak mungkin lenyap semata-mata kerana angan-angan seorang tua yang pernah mengaku dirinya sebagai diktator semasa berkuasa,” katanya.
Lihat you tube : https://youtu.be/IkglnAbjQEI?list=PL-yU1UMM3Kk-inOYq-uyThe0UseZtK__f
BalasPadam"TUNKU ABDUL RAHMAN MINTA MELAYU HAPUSKAN UMNO". Waktu tu Tunku vs Mahathir.
Namun apa isi yang paling penting!
Dengar kata2 Tunku minit 0.58.
Waktu tu, Malaysia terkenal sebagai NEGARA YANG KAYA RAYA.
NEGARA SEKARANG harapkan GST rakyat?
Habis tu nak buat camana Pm 22 tahun tinggalkan hutang..jadi Pm yg kendian twrpaksa tanggung..nampak tak..tapi masih Pm 22 tahun..salahkan pm yang kendian ni..padahal tu semua..berpunca dari pm22 tahun tu
BalasPadamRasanya tak gagal. Lagi teruk kali ni semasa perhimpunan agong Umno. Tak seramai tahun tahun lepas.
BalasPadamTak ada umpphhhhh dah blog ni. kurang fakta tapi banyak auta