MENGHASUT : Polis Berkas Pengendali Laman Facebook Di Sibu


Apalah yang mereka dapat dengan kerja-kerja menghasut di Facebook ni? Akhirnya "Penyakit" juga yang datang! Polis memberkas pengendali laman sosial Facebook ‘Sarawak Keluar Malaysia 2021’ pada 2.40 petang semalam di Sibu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar dalam kenyataannya berkata siasatan terhadap pengendali laman berusia 48 tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurut beliau, sehingga hari ini sebanyak 13 laporan dibuat terhadap laman tersebut dengan laporan terbaharu diterima di Mukah.

Sebelum ini laman tersebut menyatakan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menyalahkan Kerajaan Persekutuan dan Umno kerana beberapa dasar yang menjejaskan negara dan mengancam mahu membawa Sarawak keluar dari Malaysia.

Bagaimanapun pada Isnin lalu pejabat Adenan mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan laman itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....