KPN : Maria Chin Boleh Ditahan Semula!!!


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan ke atas Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah masih berterusan walaupun beliau dibebaskan.
Beliau berkata, meskipun Maria boleh ditahan selama 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), namun beliau dibebaskan selepas polis mengumpul maklumat mencukupi daripadanya.

“Kes Maria bukan bermakna ia ditutup. Kami masih menyiasat dan akan membentangkan kertas siasatan kepada Peguam Negara dalam tempoh sebulan lagi,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Maria telah dibebaskan pada Isnin selepas 10 hari ditahan pada malam sebelum perhimpunan Bersih 5 diadakan.

Bagaimanapun, Khalid berkata, beliau tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa Maria akan ditahan semula di bawak Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

1 ulasan:

  1. Tahanlah sebelum kamu rasa tak tahan dgn karenahnya.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....