Sekadar Hiasan |
KUALA TERENGGANU – Pembelian minyak masak secara pukal perlu
dirujuk kepada Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu atau mana-mana cawangannya di
negeri ini.
Pengarahnya, Azlan Abdul Samat berkata, ia bagi memudahkan pembelian
terutama daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana jabatan
dan agensi kerajaan yang mahu menggunakan minyak masak itu untuk
keperluan mangsa banjir.
“Apabila dirujuk kepada KPDNKK, pihak kami akan mengeluarkan surat
arahan pengawal yang membenarkan syarikat yang membungkus semula minyak
masak atau pemborong menjual minyak secara pukal kepada NGO atau jabatan
dan agensi kerajaan itu.
“Ini juga bertujuan untuk memastikan pembelian pukal direkodkan agar
tidak berlaku salah faham terhadap pemborong atau syarikat yang
membungkus semula minyak masak berkenaan,” katanya kepada Bernama hari
ini.
Ditanya mengenai arahan di sesetengah pasar raya untuk mengehadkan
pembelian minyak masak kepada pengguna, beliau berkata, ia bagi mengelak
pembelian panik dalam kalangan orang ramai. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....