Hadoi.... belum apa-apa, nada Tun Mahathir sudah berbeza-beza mengikut lokasi. Sekejap lain, sekejap lagi lain pula..... Itu belum menang. Kenyataan Dr. Mahathir itu membuktikan pakatan pembangkang gagal mencapai persetujuan dalam memilih calon Perdana Menteri.
Kurang keyakinan terhadap kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan antara faktor utama menyebabkan Tun Mahathir Mohamad mengubah pendirian tentang calon Perdana Menteri pakatan pembangkang.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pendirian terbaharu bekas Perdana Menteri itu merupakan satu tamparan hebat kepada Muhyiddin.
Menurut beliau, tindakan Mahathir menentukan calon Perdana Menteri pakatan pembangkang itu juga membuktikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan hanya untuk memenuhi kepentingan peribadi.
“Belum pun menang pilihan raya, mereka sudah umumkan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri.
“Rakyat tidak mahu tahu itu semua. Mereka cuma mahu tahu sama ada dasar yang ditawarkan pakatan pembangkang berbeza atau lebih baik daripada BN,” katanya.
Mahathir dalam wawancara yang disiarkan portal berita propembangkang, Malaysiakini menyatakan Muhyiddin yang juga Presiden PPBM layak memimpin parti itu, namun kemampuannya untuk menerajui pentadbiran kerajaan adalah soal yang berbeza.
Pendirian Pengerusi PPBM itu jelas berbeza dengan kenyataannya yang menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ketika berucap dalam satu majlis di London bulan lalu.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak memberitahu, kenyataan Dr. Mahathir itu membuktikan pakatan pembangkang gagal mencapai persetujuan dalam memilih calon Perdana Menteri.
Beliau menambah, situasi itu juga menunjukkan pakatan pembangkang tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan.
“Bagi para pengundi, isu ini adalah lebih penting berbanding jumlah kerusi yang dijangka akan dimenangi,” katanya dalam kenyataan melalui laman blog beliau, http://sskeruak.blogspot.my malam tadi.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Mahathir mungkin ‘bermain wayang’ dan cuba memperdayakan sekutu-sekutunya daripada DAP, PKR dan PAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....