#Bajet2017 : BR1M Diperkasa, Inisiatif Baru Diperkenalkan


"Dengan inisiatif bajet 2017 ini kelak saya berharap supaya setiap program berkaitan dapat diperkasakan agar dirasai impaknya secara berterusan khususnya dikawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak," katanya kepada Sarawakiana ketika ditanya mengenai harapan beliau untuk belanjawan tahun ini.


Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong berharap Belanjawan 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri esok berteraskan rakyat.

Henry yang juga Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga mahu agar dasar kerajaan persekutuan akan digunapakai dalam melestarikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat Malaysia.

Belanjawan 2017 yang akan dibentangkan Najib pada 21 Oktober ini pasti akan menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh lapisan masyarakat dan termasuk rakyat Sarawak.- Sarawakiana


Dalam pada itu, Dato Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mengumumkan sesuatu mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan beberapa inisiatif lain pada pembentangan Bajet 2017 di Parlimen esok.

"Hakikatnya, setiap tahun kita dapat naikkan pemberian BR1M daripada RM500 pada 2012 sehingga RM1,050 pada tahun ini dan kriteria layak menerima BR1M telah diperluaskan agar lebih ramai dapat manfaat," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya hari ini.

Perdana Menteri membidas dakwaan pembangkang kononnya Malaysia akan bankrap di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional, pada hal telah terbukti kerajaan mampu meningkatkan pemberian BR1M setiap tahun sejak diperkenalkan pada 2012. - Sarawakiana

Sementara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, berkata tiga fokus utama akan diberikan perhatian iaitu isu kesihatan, pendidikan dan keselamatan negara. Katanya, sejak tujuh tahun kebelakangan, setiap kali bajet memang tiga fokus utama itu menjadi tunjang utama dalam bajet kerajaan. 

"Sepanjang tujuh lalu, dalam setiap bajet perkara yang menyentuh mengenai kesejahteraan kumpulan B40 dan M40 selalu ditekankan. Jadi untuk bajet kali ini, perkara itu tetap diteruskan,"

Jadi sama-samalah kita tunggu esok apakah inisiatif-inisiatif baru kerajaan yang bakal diambil demi "mensejahterakan rakyat".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....