POLITIK dan ahli-ahlinya dikatakan menjadi punca kepada rasis dalam negara kita, ini dapatan dalam satu wacana anjuran akhbar berorientasikan keuntungan semata-mata baru-baru ini. Bab ‘berasaskan keuntungan semata-mata’ ini penulis kena sebut sebab dia tidak peduli sebelah siapa, wajar tak wajarnya pemberitaan itu, asal boleh dapat untung pada dia, suratkhabar terjual dan sebagainya, lantaklah.
Itu bagaimanapun bukan isunya, malah bukan juga alasan nak kata tak elok. Dapatan itu pada penulis hampir tepat tapi perlu di fine tune supaya lebih tepat keseluruhannya.
Memang masalah perkauman di negara ini banyak berpunca dari perbezaan politik, tapi bukan sebab parti politik berasaskan kaum macam UMNO, MCA dan MIC. Masalahnya terletak kepada parti politik yang tidak berasaskan kaum tapi guna isu perkauman untuk dapat sokongan.
UMNO, MCA dan MIC, sekalipun parti berasaskan kaum tapi yang bertanding dalam pilihanraya bukan parti-parti ini secara individu, sebaliknya BN – gabungan 13 parti yang menjadi rujukan politik multiracial yang sebenarnya. Ramai cuba tiru ni, tapi satu pun tak berjaya.
Kenapa BN berjaya dan yang cuba tiru gagal? Suka tak suka, asas politik kita memang politik perkauman. Tengok populasi penduduk cukup, cina suka duduk di kalangan cina, Melayu suka duduk di kawasan Melayu (kalau duduk di kawasan cina pun sebab senang nak buat ‘hal’), India pun macam itu juga dan itu baru bercakap tentang 3 kaum utama ni, belum yang lain lagi yang mana lebih kurang itu jugaklah keadaannya.
Ini bukan sebab bermusuh ke apa tapi lebih kepada perbezaan adat, budaya dan agama.
Jika pun ada sana sikit, sini sikit, itu adat. Yang kita sebut ni secara majoriti. Mudahnya, selagi keadaan ini berlangsung, politik perkauman ini akan terus relevan sampai bila-bila.
Masalah sampai, bila parti multiracial ini tak dapat sokongan ikut saluran itu (multiracial), mula main isu perkauman untuk dapat sokongan mana dapat. Dia nak jadi pembela kepada semua atas platform dia, mana jalan macam itu?
Mana satu dia nak pergi pun entah, penyudahnya semua tempat dia cuba jadi jaguh dan inilah yang memburukkan hubungan antara kaum di negara kita. Dengan zaman IT sekarang, dimana hampir segalanya boleh direkod, disebar, dimainkan berulang kali semudah satu tekanan jari, masalah yang dulu pun dah susah, bertambah menyusahkan lagilah sekarang.
Jadi, nak kata, parti mendakwa multiracial inilah sebenarnya punca masalah, bukan politik sangat tapi cara berpolitik tak kena dengan keadaan semasa.
Kalau itu belum cukup susah, akhir-akhir ini ada trend terbalik pulak – parti berasaskan kaum pulak nak berperanan macam parti multiracial. Ini lagi kacau, tapi penulis akan kupas ini dalam tulisan di lain masa sebab ini melibatkan sama-sama komponen BN juga. Ditolak kaumnya sendiri dalam pilihanraya, dia salahkan orang lain yang lebih berjaya pulak.
Rumit, complicated dan yang sewaktu dengannya, sebab itu kata lain kali.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....