SEMAKIN HAMPIR : Bekas TPM Jangka PRU 14 Dalam Masa Terdekat!!


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam meramalkan pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat.
Katanya, Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pilihan raya umum lebih awal sebelum parti baharu bawah kepemimpinan Tun Mahathir Mohamad dapat bertapak.

“Jika benar (pilihan raya lebih awal), cabaran paling besar untuk parti baharu itu adalah mendapatkan kesepakatan dan persetujuan bersama daripada parti pembangkang bagi membentuk satu kuasa yang padu,” katanya. 

Mengulas mengenai penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, katanya, parti itu mungkin tidak akan menjadi lebih-lebih lagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, parti itu berhadapan laluan sukar pada pilihan raya akan datang sama ada mereka bergerak sendiri atau bersama dengan pakatan pembangkang.

“Sama ada menjadi parti yang bersendirian atau bersama pembangkang, cabaran besar dihadapi parti itu adalah mendapatkan persetujuan bersama terutama dalam hal berkaitan pengagihan kerusi untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Berdasarkan pengalaman dan sejarah, telah terbukti bahawa setakat ini parti pembangkang gagal mencapai persetujuan bersama daripada soal pengagihan kerusi hingga mengenai dasar dan perjuangan parti masing-masing,” katanya.

4 ulasan:

  1. Sebenarnya dia cukup takut berhadapan BN pd PRU14 kerana mereka ada bnyk kelemahan yg boleh dibongkar.

    BalasPadam
  2. Setuju dgn anon 1.10 tetapi lagi lama bertangguh lebih banyak yg terburai termasuk kes2 yg sedang disiasat dan juga yg sedang dibicarakan. Lambat laun akan terburai juga walau cuba ditutup sekalipun

    BalasPadam
  3. Parti baru utk apa sebenarnya klu pemimpinnya ada rekod buruk semasa berjawatan dulu.

    BalasPadam
  4. tak sabar rasanya UMNO bungkus. dalam penuh dengan bahana. elok la dipercepatkan. cepat PRU, cepat tukar kerajaan , cepat tahu siapa musibat dalam 1MDB

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....