Berikutan kutipan balik pinjaman yang tidak mencapai sasaran, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memaklumkan pihaknya tidak lagi dapat memberikan pinjaman penuh kepada pelajar yang mendapat tempat di institusi pengajian tinggi (IPT).
Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, PTPTN menyasarkan kutipan balik pinjaman tahun lalu sebanyak RM15 bilion, namun hanya RM8 bilion sahaja dapat dikutip.
“Kutipan hasil sebenarnya meningkat disebabkan beberapa langkah antaranya penguatkuasaan namun sasaran utama kutipan semula belum dicapai.
“Daripada RM56 bilion yang kita keluarkan, sasaran yang sepatutnya dikutip semula adalah sebanyak RM15 bilion,” katanya dalam satu sidang akhbar, semalam.
Susulan itu beliau berkata, ketika ini PTPTN terpaksa membuat pemotongan mulai sesi 2014 dengan hanya memberi pinjaman sebanyak 95 peratus bagi pelajar yang mendapat tawaran ke universiti awam, manakala bagi IPT swasta, mereka akan ditawarkan pinjaman 85 peratus.
Bagaimanapun Shamsul menyifatkan PTPTN menyedari masalah yang berlaku. Namun beliau sangat berharap masyarakat dapat menyokong tindakan penguatkuasaan dalam mengutip semula bayaran pinjaman pelajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....