LAWAK APAKAH INI? Kenyataan Khairuddin Tamparan Buat Muhyiddin!!!


Sebelum ini Khairuddin Abu Hassan tak pernah lekang mengusung cerita ura-ura penubuhan parti baru yang akan diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dengan matlamat nak menumbangkan UMNO dan BN.
Dari tahun lalu hingga bulan Julai lepas, berita nak tubuh parti baru itulah yang sering dijaja Khairuddin menunjukkan kesungguhannya bersama-sama Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin dalam menentang UMNO.

Tiba-tiba hari ini bila Muhyiddin Yassin khabarnya baru nak menghantar borang permohonan untuk tubuh parti alih-alih di hari ini juga Khairuddin buat kenyataan takkan menyertai parti yang berketuakan Muhyiddin.

“Saya tidak bercadang dan tidak berminat untuk menyertai parti baharu yang bakal dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kelak,” itu pengakuan yang datang terus dari mulut Khairuddin seperti dilaporkan banyak portal berita.

Apa sudah jadi? Saja nak buat gimik atau sebenarnya memang sengaja nak memalukan Muhyiddin? Atau sebab tak dapat tawaran jawatan yang mengiurkan?

Kalau nak buat gimik bukan ini caranya, sebabnya bila Khairuddin kata tak minat sertai parti dipimpin Muhyiddin, itu menggambarkan ketidakyakinannya kepada kepimpinan Muhyiddin dalam parti baru itu kelak.

Ikut logiknya parti baru berketuakan Muhyiddin ini patutnya dah dapat restu Dr Mahathir. Tak mungkin Muhyiddin berani langgar Dr Mahathir dengan sengaja mendahulukan penubuhan parti baru tanpa restu orang tua itu.

Lagi pun Muhyiddin dah jelaskan tugasnya selaku Presiden parti baru akan dibantu (dikawal?) oleh Dr Mahathir yang akan menjawat kedudukan sebagai Pengerusi parti atau dalam bahasa mudahnya Dr Mahathir jadi penasihat berkuasa besar ala-ala Ketua Umum PKR yang dipegang Anwar Ibrahim.

Sekarang bila Khairuddin sendiri selaku macai paling setia kepada Dr Mahathir tak sanggup nak menyertai parti tersebut, mana Muhyiddin nak letak muka?

Malu besar Muhyiddin, bila orang paling dipercayai Dr Mahathir jadi orang pertama umum takkan sertai parti baru tersebut. Macam sengaja umum hilang kepercayaan dan keyakinan pula. Ini bukan setakat memalukan Muhyiddin, ini juga satu bentuk penderhakaan terhadap Dr Mahathir.

Siang malam Khairuddin memekik pasal nak tubuh parti baru, alih-alih bila tiba nak tubuh parti dia umum tak nak sertai pula. Orang pertama usung cerita nak tubuh parti baru, orang pertama umum takkan sertai parti tersebut. Lawak spastik apakah ini?

13 ulasan:

  1. Apa masaalahnya jika itu pendirian dia. Tidak masuk parti baru tidak bermakna dia tidak boleh berjuang bersama sama Tun dan TSMY. Dan tidak semestinya juga jika sesorang itu ahli Umno dia akan menyokong Umno jika Najib masih berada disitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm..nk sedapkn hati je tu..dalam tong sampah, mmg byk sampah

      Padam
  2. Tindakan khairuddin sangat pelik sebab dia tidak memuja muhyiddin, dan Tidak kejar Pangkat dan jawatan.

    Kerja itu sangat lumrah untuk pemimpin umno.

    Bodek untuk jawatan.

    BalasPadam
  3. Tun kata : Leadership by example
    Kenapa dia sendiri tak jadi ketua penaja dan presiden parti baru???
    Alahai Khairuddin..... ko dah kena mainnnn.....
    Ko bukak parti baru satu lagi yang ko jadi presiden!!! Ada chan jadi de facto leader nanti.
    Kisah sejarah Dato Onn (alFatehah untuk beliau) berulang lagi.

    BalasPadam
  4. Kita perati je...Harus Dah Gaduh Beso...

    BalasPadam
  5. Tukang kipas padukang ni benganglah bersusah payah dia ke hulu ke hilir jaja cerita fitnah Najib sampai ke eropah dan amerika..tup tup presiden baru utk parti yang belum pun lagi ditubuh tu...bukan dia...mana tak sakit hati do...

    BalasPadam
  6. dibotoxkan lagi muka tu...biar lagi cun....

    BalasPadam
  7. x pengundi umno ttwangsaOgos 06, 2016 10:23 PTG

    Tak tercapai akal umno bila orang tak mahu jawatan.Maklumlah dalam umno biasa rebut jawatan,cantas mencantas..sebab kalau dapat jawatan dapatlah projek juta2.Masyukkk..

    BalasPadam
  8. Seronoknya MELAYU berpesta "BERCEREKAU" sebagaimana robohnya Kota Melaka pada tahun 1511.
    Negara dah lepas ke tangan orang.... menangis air mata darah pun tak dapat balik.
    Hihihi... Melayu oh Melayu.
    (Oh Malaysia tanah airku... hantam sajalah LABUUUU...)

    BalasPadam
  9. Seronoknya MELAYU berpesta "BERCEREKAU" sebagaimana robohnya Kota Melaka pada tahun 1511.
    Negara dah lepas ke tangan orang.... menangis air mata darah pun tak dapat balik.
    Hihihi... Melayu oh Melayu.
    (Oh Malaysia tanah airku... hantam sajalah LABUUUU...)

    BalasPadam
  10. Kenapalah Muhyiddin Yassin nak malu pula jika DS Khairuddin tak mahu joint parti baru, langsung tidak timbul isu hilang keyakinan atau kepercayaan. Presiden Umno yang ada hari ini pun dah terima berbagai kecaman dan kutukan secara meluas malah ditulis secara rasmi surat tuntutan agar Presiden kaki songlap ini letak jawatan dan hadapi siasatan yang mana para ahli Umno dan rakyat Malaysia secara keseluruhan sudah hilang keyakinan dan hormat. Dengan selamba membadak aje si Presiden UmNO ini berkata "ada aku kesah"..... tetiba pulak blog ini nak buat andaian yang Tan Sri Muhyiddin mendapat malu..... Yang patuut malu ialah Presiden Umno si Jibon. Nak buat camne kulit dah tebal kena cucuk vitamin b*b*??????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang malu beb, yg teramat sangat kerana dah timbul cerita menyimpan perempuan simpanan isteri orang. Selama ini penampilannya yg agak islamik tu berlakun je lah ye? Masyallah....bacalah Malaysia Today.

      Padam
  11. seperti biasa, admin spin...teruskan cerita pokemon ya admin

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....