LUAHAN PERASAAN : Mahathir Perguna Siti Hasmah Untuk Raih Simpati?


“Kita tak boleh buat apa, mereka berkuasa sangat, serah saja kepada ALLAH. Mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku," demikian luahan hati isteri bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
“Saya tahu suami saya (Tun Dr Mahathir Mohamad) kecewa dan sedih jadi tunggu saja, serah kepada ALLAH. Tak pe lah.. orang tu terlalu berkuasa, kita tak boleh buat apa,” katanya ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana sempena pelancaran buku, My Name is Hasmah.

Menurutnya, tidak ada apa yang boleh dilakukan memandangkan ‘lawannya’ itu terlalu berkuasa meskipun selepas 22 tahun menerajui negara dan Umno namun jasa bekas Perdana Menteri itu dakwanya sedikit pun tidak dihargai oleh parti itu, pimpinan masa kini termasuk juga segelintir rakyat Malaysia.

Berkongsi dugaan perjuangan yang dihadapi suaminya, Dr Siti Hasmah mengakui beliau turut terkesan dengan kata-kata nista dan tindakan yang dilakukan oleh pimpinan negara ketika ini.

“Sebagai isteri kepada Mahathir, saya mengaku serangan dan perbuatan mereka terhadap beliau sangat memberi kesan tapi saya tak tunjuk, tak nak beliau bertambah risau.

“Sebab itu saya memilih untuk sentiasa bersamanya setiap masa dan menghormati perjuangannya yang masih belum selesai. Kadang-kadang saya kasihan mengenangkan nasib beliau yang diperlakukan sedemikian rupa,” katanya dengan nada perlahan.

Tindakan Najib 'tidak baik'

Beliau yang bakal menginjak usia 90 tahun pada 20 Julai ini menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Dr Mahathir sebagai ‘tidak baik’ kerana hubungan keluarga mereka sangat erat sebelum ini.

“Keluarga kami sangat rapat, ayah Najib, Tun Razak itu belajar satu sekolah dengan abang saya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), jadi kami dah lama kenal.

“Tapi dengan apa yang terjadi akhir-akhir ini, benar-benar membuatkan saya sedih. Malah saya sendiri berkawan rapat dengan Tun Suhailah dan juga Tun Rahah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, paling menyedihkan apabila Mahathir tidak lagi menerajui Proton Holdings kerana syarikat itu menyimpan nilai sentimental kerana dibangunkan suaminya bermula dari kosong sehingga gah seperti sekarang.

“Cara dan tindakan Najib terhadap Mahathir itu kelihatan sangat tidak baik, saya dapat rasakan perasaan suami saya tapi apa boleh buat,” katanya.

Sebagai ibu bekas Menteri Besar Kedah, Dr Siti Hasmah menegaskan beliau bukan ahli politik malah ketika menjadi isteri perdana menteri, suaminya hanya mendaftarkan beliau sekadar ahli Umno sahaja.

“Kepada anak-anak, saya cuma nasihatkan mereka sekiranya terjun ke bidang politik, perkara utama yang perlu dilakukan ialah berhati-hati dan menyantuni rakyat di peringkat akar umbi kerana dari situlah seseorang pemimpin politik mendapat sokongan,” katanya.

Hmm.... ini kata isteri Tun, mana boleh dengar satu pihak. Silap-silap apa yang Tun M buat ke atas Najib pun Tun Siti Hasmah tidak tahu. DS Najib bukanlah jenisnya orang yang tidak mengenang budi. DS Najib juga antara individu yang sangat penyabar dan pemaaf. Bayangkan kalau Tun Mahathir berada di tempat Najib ketika ini dan Najib ditempatnya. Apa yang akan Tun M lakukan? Hmmm... korang pun boleh agak kan?

Sudah-sudah lah tu... Baik Tun M mahupun Tun Siti Hasmah. Majoriti rakyat Malaysia masih menghargai dan menghormati kalian. Akan tetapi janganlah pula merosakkannya dengan perlakuan sendiri khususnya Tun Mahathir.

Jasa dan sumbangan jadi ingatan
Khilaf dan salah buat pedoman.....

13 ulasan:

  1. Rakyat lebih simpati terhadap Najib yg difitnah bagai nak gila oleh Tun dan pemakan2 dedaknya. Kenapa Dr Hasmah x nasihatkan suaminya berhubung hal ini? Dosa Tun bukan saja kepada Najib dan keluarganya tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia yg dibohongi dengan cerita2 fitnah beliau. Masyallah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Rakyat lebih simpati terhadap Najib yg difitnah bagai nak gila oleh Tun"

      Ini statement tak pakai otak!! Kalau ini fitnah kenapa tak saman saja Tun supaya semua kebenaran timbol???

      Sedangkan Singapura sudah pon mengesahkan memang ada penyelewenag wang 1 MDB dan Bank berkeneaan di Singapura diarahkan Tutop.

      Jangan lupa juga si Lanun Bugis ada menyatakan bahwasanya Wang 1MDB ada disimpan di Singapura dan telah di nafikan oleh kerajaan Singapura Sendiri.

      Banyak lagi fakta2 yang menunjukkan ada penyelewengan oleh Negara2 asing.

      Kalau Bodoh jangan tunjok pandai!!!

      Besar jasa Tun pada Negara jangan pula kau nak kata yang bukan2 tentang Tun!!!

      Lanun Bugis is the "CULPRIT" jadi si Lanun Bugislah yang kena buktikan yang dia tidak bersalah!! Apatah lagi si Lanun Baguis adalah "PUBLIC SERVANT"!!!

      Padam
    2. PM Najib tak sanggup dan tak sampai hati nak saman Tun Mahadey kerana usianya...biarlah Tun Mahadey kutuk fitnah dan cerita yang buruk2 akhirnya Allah jua yang bongkarkan satu persatu keburukan Tun yangselama ni ditutup rapat...ingat duit Umno 100 billion mana perginya...kalau Tun.nak.bawa ke kubur sekali pun kami tak.kisah...sbb nanti di depan Allah jua beliau perlu menjawab...tak perlu Siti Hasmah atau sesapa pun...ingat akhir zaman Allah bayar cash so...dah nampak dah...

      Padam
    3. yessss.... selama ini aku ingat tun madey seorg yg bebal tak berperasaan... rupanya terkesan jugak ye... cuba tgk tun abdullah disayangi walupun selepas tiada jwtn.. ini lah akibatnya masa kita berkuasa dulu kita hina ulamak, kita hina nabi.. kpd siti hasmah bila nak tutup aurat? dah2 la dgn rambut palsu tu jaga perangai Insyaallah org syg ..

      Padam
  2. Sapa cakap kita tak boleh buat apa2?
    Kita boleh pakai rambut palsu hitam lebat walaupundah umur nak mencecah 90 tahun!

    Jangan guna nama Allah kalau anak betina sendiri memperjuangkan kapir, gereja dan LGBT sambil memperkecilkan Islam sendiri!

    Keluarga GILA KUASA Laknatullah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laknat melaknat tugas ALLAH jadi janag Kau pandai2 ambil tugas ALLAH!!

      Ini kah sifat kemelayuan kau mengutuk orang yang banyak berjasa pada Negara!!!

      Ternyata kau memang jenis Musibat!!!

      Padam
  3. Cerdik la perang munafik psikologi puak Toun ni. Siti Hasmah bercakap seolah2 suaminya ti=ok wali suci yg konon mcm di zalimi.. yg Kes Memali 30 tahun dulu laki dia biarkan tembak mati bergelimpangan org2 kg Melayu tkberdosa tu apa dia lupakh itu slh satu sifat jahat dan kezaliman suaminya Tun M.

    Dan hingga umur 90 skrg, laki dia menjadi kepala samseng yg menghasut org rakyat benci dan jatuhkan Najib,.. tk cukup dgn itu fitnah berganda2, caci Najib dgn ejekan dan jolokan yg buruk. Fitnah isteri Najib.. hasut rakyat benci dan benci tanpa satu bukti sebab kukuh kenapa buat macam itu..

    APAKEH NENEK HASMAH INI BUTA HATI BUAT2 TAK NAMPAK KERJA JAHAT SUAMINYA.. THEN SKRG BUAT DRAMA IDIOT UNTUK TWIST SITUASI DEMI SIMPATI... REALLY SHIT lah keluarga mamak kerala ni!! sorry to say that!

    BalasPadam
    Balasan
    1. NENEK HASMAH BI LEBIH BIJAK DAN LEBIH BERJASA DARIPADA NENEK KAU!!!

      Padam
  4. Yg paling rakyat x puashati, kenapa Tun M bersekongkol dgn dap.
    X kan x tau siapa tu D A P ???????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tujuan TUN untuk jatuhkan Najib bukan UMNO!!!

      Sebab diMalaysia ramai Melayu Bongok saperti kau!!!

      Padam
  5. Politik Malaysia huru hara sebab ramai Melayu/Islam rakyat Malaysia yang Bongok!!!

    Tak habis2 bercekau sesama Sediri dan senang dimanipulate!!!

    BalasPadam
  6. Dr. Hasmah tak perlu menagih simpati siapa-siapa. Sebaliknya setiap tindakan buruk Najib dan kuncu-kuncunya mengundang simpati rakyat kepada Mahathir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mengundang simpati...simpati kerana dah tua tak sedar diri dah tua bukan mencari syurga tapi mencari kuasa...simpati kerana dah tua...segala keburukan yqng selama ni disorok dan disembunyikan terkeluar satu demi satu...yamg paling sadis si tua ini sanggup bersengkongkol dengan cina Dap berfahaman komunis yang bencikan Islam Nauzubillah

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....