LEPAS JAWATAN : Husni Dipuji MB Kelantan Dan Netizen


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memuji bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang memilih untuk ke Jordan bagi mempelajari bahasa Arab, pengajian al-Quran dan hafazan.
Menurutnya, keputusan Ahmad Husni melepaskan semua jawatan dalam pentadbiran kerajaan dan parti dianggap tindakan yang harus dibanggakan.

"Saya terharu membaca liputan mengenai hasrat beliau itu. Tambahan pula perancangan itu dibuat pada bulan Ramadan yang mulia ini.

"Ia perancangan yang sangat baik dan harus dipuji. Kita perlu seorang profesional seperti beliau menerokai khazanah ilmu bahasa al-Quran khasnya dalam agenda pengabdian diri kepada ALLAH SWT," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Timbalan Mursyidul Am Pas itu juga berharap Ahmad Husni meneruskan tekadnya itu dan agar ilmu al-Quran menambahkan kepakaran pemimpin itu dalam bidang ekonomi serta kewangan Islam.

Isnin lalu, Ahmad Husni mengumumkan peletakan jawatannya dalam Kabinet sehinggalah semua jawatan dalam Umno sambil meminta semua pihak menghormati keputusannya itu.

1 ulasan:

  1. Allah tahu segala sebabnya, x boleh lari punya walau ke hujung dunia. Setakat mengundur diri x membasuh dosa. Kalau ada salah dengan Najib eluk hari raya ni minta maaf. Barulah bahagia.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....