1MDB : Teluskah Siasatan DOJ Tanpa Maklumat Yang Sah?


Pemfailan aduan sivil bagi penyitaan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bagi mendapatkan kembali aset bernilai USD1 bilion yang didakwa diperolehi individu secara salah daripada 1Malaysia Development Berhad, mencetuskan pelbagai persepsi kepada rakyat Malaysia.
Pengumuman dibuat Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch turut ditemani sekurang-kurangnya empat pegawai tertinggi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS).

Sidang media diadakan bagi mempamerkan kuasa dan kekuatan kononnya sistem kehakiman Amerika Syarikat biarpun melalui pemerhatian kita selama bertahun lamanya ia bukanlah sebagaimana yang mereka mahu kita percaya.

Melalui penyiasatan berkaitan kes 1MDB, kita dihamparkan dengan gambaran akan satu sistem keadilan yang kasar dan tersedia untuk dilaksanakan.

Tradisi itu masih lagi wujud dan berselindung disebalik hadangan nipis era moden abad ke 21 Amerika Syarikat. Terdapat beberapa kandungan pemfailan itu yang menarik perhatian saya.

Paling ketara kepada kita yang sering diberitahu oleh Amerika Syarikat mengenai kedaulatan undang-undang, kita lihat tiada keadilan serta demokrasi apabila tiada komunikasi langsung dengan 1MDB, subjek utama dalam aduan atau dakwaan yang mencetuskan siasatan FBI itu.

Bagaimana seseorang itu boleh menjalankan siasatan secara profesional dan telus tanpa mendapatkan atau memohon maklumat daripada sumber utama seperti pegawai 1MDB serta pegawai penguatkuasa Malaysia, adalah sesuatu yang pelik yang kita pelajari daripada Peguam Negara Lynch bersama pegawai yang kononnya berdedikasi dan berpengetahuan.


Ia adalah satu keajaiban moden.

Mengambil kira rasuah adalah satu jenayah berat terhadap sesebuah negara dan masyarakat, dan mengandaikan mereka memiliki bukti kukuh yang boleh menyokong mereka di mahkamah, mengapa pula mereka tidak memfailkan kes itu di bawah undang-undang jenayah?

Memfailkan aduan itu di bawah undang-undang sivil itu menimbulkan keraguan. Tentu sekali mereka mahu satu sabitan dan memenjarakan mereka yang bersalah ke penjara.

Ia meragukan. Apapun ia tidak masuk akal.

Adalah amat dikesali pihak Amerika Syarikat memilih untuk memerangi rasuah merentasi sempadan dengan bersembunyi disebalik tabir kononnya berprinsip tinggi yang tidak boleh memperjuang penelitian lebih terperinci.

Tetapi pada masa yang sama, dan terhenti untuk menamakan individu, mereka mewujudkan satu motif tidak wajar serta menyerang reputasi serta integriti Perdana Menteri tanpa mengemukakan secebis bukti pun.

Adalah penting untuk kita mengingatkan diri kita, tiada saranan melalui sebarang siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa Switzerland dan Malaysia, Datuk Seri Najib telah mencuri dana daripada 1MDB.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) yang melibatkan penggubal undang-undang daripada Kerajaan dan Pembangkang selepas siasatan terperinci berbulan lamanya serta merujuk secara konsisten dengan Ketua Audit Negara telah mengemukakan satu laporan yang tidak mensabitkan Perdana Menteri dengan sebarang salahlaku sebagaimana didakwa.

Pendek kata, tuduhan terhadap beliau adalah melulu, bersifat dendam serta remeh. Dalam apa jua keadaan, Datuk Seri Najib adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya di bawah undang-undang.

Apa yang mengejutkan, ada di antara kita yang tidak boleh menerima kebenaran dan kebenarannya ialah, Perdana Menteri tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....