KAFIR HARBI : Kenapa Mereka Bela Sangat DAP?


Ada orang sayang sangat dengan DAP dan sekutunya. Sentuh sikit pun tak boleh. Bila Mufti Pahang kata mereka ini harbi, kita boleh fahamlah kenapa ada orang Melayu marah, takut nanti masyarakat jadi eksterim kata halal darah pula. Bila kita kata mereka ini bukan kafir zimmi, pun tanpa disangka, ada juga orang Melayu yang marah. Ustaz pula tu.
DAP ni ada wakil kat IFC. Mereka tuntut kebebasan untuk orang Islam murtad. Mereka tuntut jangan catat muslim kat MyKad supaya tiada lagi pengenalan diri berasaskan agama. Mereka tuntut orang bukan Islam boleh kawin dengan orang Islam tanpa perlu masuk Islam. Hancur keluarga dan generasi umat Islam kalau jadi begitu. Mereka tuntut program dakwah agama lain kepada orang Islam dibenarkan, termasuklah anak-anak kecil. Dan macam-macam lagilah cerita tuntutan IFC ni.

DAP juga adalah tulang belakang kuat kumpulan COMANGO. Mereka tuntut dibenarkan seks songsang dan jangan dikategorikan sebagai jenayah. Saya pun tak tahu kenapa bersungguh sangat mereka pertahan seks songsang. Mereka minta hak istimewa orang Melayu dihapuskan. Mereka minta dihapuskan beberapa kesalahan jenayah syariah seperti khalwat dan seumpamanya. Tebal kertas tuntutan COMANGO dan ini cuma sebahagian kecil darinya. Mereka lobi negara luar untuk tekan Malaysia. Tikam belakang namanya.

Sebelum itu ada sembilan Menteri bukan Islam buat tuntutan juga. Yang ini sekutu DAP pula. Mereka tuntut semakan semula peruntukan perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menghalang Mahkamah Sivil dari mencampuri keputusan Mahkamah Syariah. Kedudukan Mahkamah Syariah pun nak campur tangan.

Ada juga tuntutan Dong Zong. Yang ni DAP juga. Mereka minta kerajaan iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Pelajar Cina warganegara Malaysia boleh masuk universiti tempatan tanpa SPM. Dah jadi dua aliran pendidikan pulak. Bahasa Melayu dah jadi bukan syarat wajib masuk IPT. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan mereka nak campak begitu sahaja.

Jangan lupa juga 83 tuntutan Suqiu. DAP juga tu. Tuntut supaya barisan senator dipilih oleh rakyat menggantikan pemilihan majoriti senator oleh YDP Agong. Minta pilihanraya kerajaan tempatan oleh rakyat yang jelas bertentangan dengan Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan). Hak bumiputera, kouta kemasukan ke IPT semua dipertikai.

Jangan lupa juga DAP ni suka October Fest dan mempertahankannya dengan sungguh-sungguh. Pesta arak nak dijadikan sambutan tahunan macam Eropah. Jangan lupa juga yang DAP ni dah beberapa kali gertak-gertak Jabatan Agama, Jabatan Mufti dan pertikai kewujudan JAKIM. Jangan lupa juga isu pimpinan DAP dengan Sultan Perak dan Sultan Selangor.

Dengan apa yang DAP dah buat, masih ada juga orang Melayu yang masih memandang DAP sebagai suci. Kenapa masih kata bahawa tindakan DAP tidak bertentangan dengan Perlembagaan? Kenapa memutar belit dalil dan pandangan ulamak untuk membenarkan apa yang DAP buat?

Sokong LGBT, perendah institusi agama, permain titah Sultan, lobi negara luar tekan kerajaan Malaysia, lawan perlembagaan.

Ini kafir zimmi?

Nota: Kafir zimmi: iaitu orang kafir yang meminta perlindungan dari negara-negara Islam untuk melindungi mereka dengan syarat mereka perlu membayar wang perlindungan. Al-dzim bermaksud perlindungan.

Apabila dia meminta perlindungan daripada orang Islam, dia tetap kafir. Orang Islam memberi perlindungan kepadanya dengan syarat yang perlu ditunaikan seperti membayar cukai, ufti dan seumpamanya.

Seperti mana kerajaan Islam di bawah pemerintahan Umar memberi perlindungan kepada kerajaan Sepanyol dahulu. Mereka perlu membayar kepada kerajaan Islam setiap tahun sebanyak 10 ribu dinar emas. Maka dengan itu umat Islam haram menyakiti atau mengambil hak-hak orang kafir dzimmi.

Oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni,

Naib Presiden Isma,

https://satuperkongsian.com/2016/06/26/zimmi-la-sangat/

4 ulasan:

  1. DAP memang kafir harbi. Menyokong mereka adalah haram.

    BalasPadam
  2. semua ini kerana dedak. kalau dulu dedak Dap hanya seciput tetapi dalam 8 tahun, stok dedak berkenaan menggamit dan meliurkan ramai pembelot dan penikam belakang. faham, faham ajelah.

    BalasPadam
  3. So betul lah ada ustaz tu waktu ceramah untuk Pru 13 dia ada kata undi Pas undi Pkr sama mcm undi Dap hukumnya haram...so sesapa yng dah ter....undi waktu tu...cepatlah bertaubat dan beristighfar....takut tak sempat..jatuh murtad pulakkan..

    BalasPadam
  4. dap bkn setakat kafir harbi....dapig's mmg babi.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....