JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kerana jangkitan virus dan gastritis.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Sultan Johor pada petang Sabtu, Sultan Ibrahim dimasukkan ke Wad Diraja HSA atas nasihat doktor.
Tuanku dijangka bersemayam dan dibenarkan pulang dalam tempoh dua hari lagi selepas mendapatkan rawatan.
Sementara itu, rakyat Johor dan netizen turut sama menghantar doa mereka kepada Sultan Ibrahim untuk cepat sembuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....