MENURUT satu sumber, dua pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor akan dipanggil susulan laporan “imbuhan perempuan” yang dibuat Naib Presiden/Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Difahamkan, seorang staf kepada pegawai khas terbabit yang telah menyampaikan perkara ini ke pengetahuan Rafizi hingga membawa kepada tindakan membuat laporan SPRM.
Staf itu dikatakan memberitahu Rafizi, rasuah melibatkan perempuan itu melibatkan beberapa YB PKR di Selangor dengan bos syarikat Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan Berhad (DEIG).
Nama seorang YB yang melepaskan kerusinya untuk “langkah Kajang” turut dikaitkan selaku orang tengah dengan pengarah syarikat terbabit.
– MYNEWSHUB.CC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....