Astaghfirullah al azim. Mohon dijauhkan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa pihaknya kini sedang menyiasat kes rampasan ayam proses dari China yang cuba diseludup masuk ke dalam negara ini melalui Pelabuhan Senari, Kuching, Sarawak.
JAKIM menerusi posting di laman Facebooknya menasihati agar pembeli sentiasa berhati-hati dalam memilih produk dan barangan yang hendak dibeli.
Difahamkan, isu tersebut dikemukakan oleh akhbar Kosmo! yang bertarikh 12 Jun 2016 dan menerusi gambar yang dipaparkan, produk tersebut turut didatangkan dengan logo Halal yang dipercayai palsu.
"Pengguna yang dihormati, berita yang dinyatakan di dalam akhbar Kosmo pada 12 Jun 2016 adalah berkaitan rampasan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) terhadap barangan yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Senari, Kuching, Sarawak.
"Untuk makluman pengguna, Pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAISrwk) bersama KDRM dan KPDNKK masih menjalankan siasatan mengenai pihak yang bertanggungjawab membawa masuk produk tersebut untuk tindakan selanjutnya.
"Sehubungan itu, pengguna adalah dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati di dalam memilih produk dan barangan yang hendak dibeli.", tulis JAKIM menerusi posting tersebut.
Laporan Kosmo! itu mendedahkan, Kastam, JAIS Sarawak dan Jabatan Veterinar Sarawak telah menahan sebuah kontena berisi daging ayam proses di Pelabuhan Senari di sini Selalu lalu.
Keratan Akhbar Kosmo! 12 Jun.
Difahamkan, kontena tersebut diisytiharkan dalam dokumen sebagai sayur brokoli dari China dan bukannya ayam sepertimana yang ditemui.
Laporan itu juga menulis, Jabatan Veterinar telah mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang permit untuk pembekal mengimport ayam dari China kepada mana-mana syarikat di negeri terbabit.
Susulan kes ini, satu siasatan sedang dijalankan ke atas sebuah syarikat penyimpanan sejuk beku makanan yang beralamat di Bintulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....