AKUAN BERSUMPAH PALSU : Gerakan Deklarasi Tun Madey Semakin Tenat!!!


Alahai Tun.... Kesian... Kesian....... Kenapa lah segala gerakan Tun sekarang ini terlalu mudah dan senang dibaca? Tidak selicik dan sehebat dahulu? Apakah segala kehebatan dan kebijaksanaan Tun telah hilang dan terhakis akibat dendam dan iri hati?
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin pada Isnin membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung penyebaran akuan bersumpah palsu oleh beberapa laman facebook pro-'Deklarasi Mahathir'.

Badrul Hisham, yang dikenali sebagai Chegubard, berkata akuan bersumpah atas nama pengatur cara komputer bebas Azharuddin Othman yang mendakwa dirinya diupah untuk membaca teks oleh Chegubard mengenai penjualan pangkalan data penduduk negara bagi tujuan memalsukan tandatangan dalam 'Deklarasi Mahathir', adalah palsu.

"Sebaik sahaja menyedari wujud akuan bersumpah palsu itu, saya terus menghubungi Azharuddin dan dia sendiri menyatakan ia palsu dan membuat penafian dalam laman facebooknya tidak sampai sejam selepas itu.

"Jadi, hari ini saya membuat laporan supaya SKMM menyiasat individu di sebalik laman Facebook terbabit dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan itu di bangunan SKMM, di sini.

Pada 26 Mei lepas Azharuddin muncul dengan akuan bersumpah mengaku terlibat dengan urus niaga menjual pangkalan data penduduk negara ini bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk sebuah deklarasi yang digerakkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Seterusnya, pada 8 Jun lepas, sebuah lagi akuan bersumpah atas nama Azharuddin tersebar di media sosial yang mendakwa dirinya diupah untuk membaca teks akuan bersumpah yang pertama oleh Chegubard.

Bagaimanapun, dua hari selepas itu, Azharuddin muncul bersama Chegubard dalam satu sidang media untuk menjelaskan bahawa akuan bersumpah kedua itu adalah palsu. - BERNAMA

4 ulasan:

  1. Bye bye Mahataik! Tak ikut marina terlajak gereja 'berpuasa' di London ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak elok kurang ajar
      marah ada BAHASANYA
      SUKA ada batasnya
      , hurmat dia sebagai org tua
      dia ada jasa
      kita cuma ikut ikut mengata
      untuk dosa collection

      Padam
  2. Mana KPN ..?..ada orang dah mengaku jual maklumat peribadi orang lain tu...bila nak bertindak siasat dan dakwa. Dulu mamat kerani bank tu cepat pulak didakwa.

    BalasPadam
  3. Assalam Bro,mari kita sama-sama tunggu dan lihat bagaimana kesudahan episod Tun M dengan Najib .Sememangnya Allah Maha Mengetahui !

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....