#HBN2016 #TheFutureIsNow UPM Gamat Sambut TPM Zahid Hamidi


Universiti Putra Malaysia (UPM) gamat dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi ke Dewan Besar UPM. Kehadiran beliau disambut lima ribu belia yang hadir untuk bersama-sama mendengar ucapan dan amanat Timbalan Perdana Menteri bagi memberi semangat dan motivasi kepada mereka untuk lebih maju kehadapan. Dato Sri Ahmad Zahid diiringi Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Belia Dato M.Saravanan,Presiden Majlis Belia Malaysia saudara Muammar Gaddafi Jamaluddin,Timbalan Naib Canselor UPM, pegawai-pegawai KBS dan UPM sendiri.

Ucapan dimulakan dengan Presiden MBM saudara Muaamar Gaddafi dengan menyuntik semangat kepada para belia supaya lebih tahu peranan dan halatuju masing-masing. ‘Peranan belia sangat penting kepada negara kerana belia adalah tonggak utama kepada pembangunan negara’katanya lagi.

‘Sepanjang Hari Belia Negara 2016 yang diadakan disini, kita dapat lihat sendiri semangat kemuafakatan yang mana saling membantu dalam setiap aktiviti dan persiapan. Ini harus diteruskan dan diamalkan agar ianya menjadi budaya yang positif’,sambung beliau lagi.

Seterusnya Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi memberikan ucapan dihadapan lima ribu belia yang hadir memenuhi ruang Dewan Besar UPM. Beliau menekankan bahawa belia harus sentiasa rasa bersyukur dan berfikiran positif kerana sering mendapat bantuan dari segi pembangunan belia dari pihak kerajaan. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi menyerlahkan potensi belia kepada pembangunan negara.

‘Walaupun sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini diadakan dengan skala yang lebih kecil di UPM, namun sambutan yang diberi sangat memuaskan. Penglibatan golongan belia dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan telah membantu menjayakan Hari Belia Negara 2016’,ulas Zahid Hamidi.

Penyerlahan bakat dalam salah satu segmen yang diadakan telah menyediakan ruang dan peluang kepada belia untuk menonjolkan bakat-bakat mereka yang datang dari pelbagai latarbelakang. Kerajaan sentiasa berusaha untuk memantapkan kualiti belia Malaysia dari pelbagai aspek.  







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....