VIRAL : Video Dr Zakir Naik Jawab Soalan Provokasi Pelajar Perubatan


Berdiri belakang berbaju hijau

Sayang...... wajah dah cantik dan comel, namun ada tompok hitam yang menyaluti hatinya. Ya, kita tidak sempurna, namun bukan dengan asyik menyalahkan orang lain dan mempertikaikan kekurangan, sebaliknya bersyukur dan menghargai kelebihan dan bantuan yang diterima.

Terima kasih kepada Facebooker Hazlyn Ismail yang berkongsi detik-detik "bersejarah" ini. Semoga ia mampu menjadi ikhtibar kepada semua anak muda kita supaya berlapang dada dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Apatah lagi tidak mensyukuri segala apa yang dinikmati di bumi bertuah Malaysia ini.

Jom Terjah :
Saya baru balik daripada kuliah Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak. Ada pulak pelajar perubatan tanya soalan bangang. Soalan dia, "Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti dia yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser? 
Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar sepertinya berhutang dan menanggung riba." Soalan si gadis itu diberi tepukan gemuruh dan sorakan oleh penonton (mungkin daripada student juga).
Dr Zakir pun tanya balik, "Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?". Student tu pun jawab, "RM3600 setahun". Terkejut Dr Zakir. Kata Dr Zakir, kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah USD100k. Kira baik la tu kerajaan kasi subsidi banyak utk belajar perubatan. Lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah. 
Yang pergi amik pinjaman ada riba tu pasal apa? Itu salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal. Kalau tak mampu sangat boleh mintak kat sana. Malah, Dr Zakir sanggup membiayai pengajian student tu dan kawan2nya skali. "But please dont blame your government," katanya.
Padan muka budak tu. Nak cari kesalahan kerajaan sangat, last2 diri sendiri yang malu. Tu la, pegi la dengar ceramah politik lagi. Elok2 otak tu cerdik, terus jadi bangang.
 Rata-rata komen yang diberikan oleh facebooker nyata tidak menyebelahi adik manis ini.


MENANGKIS PROPAGANDA BARAT

Media Islam perlu memainkan peranan dalam menangkis propaganda yang dicetuskan pihak barat sekali gus berperanan dalam membangunkan minda ummah.

Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik berkata, peranan besar dimainkan media Islam berupaya menangkis gambaran salah yang digembar-gemburkan pihak barat terhadap Islam.

“Menerusi peranan dan tanggungjawab yang dimainkan media Islam, pandangan umum mengenai sesuatu isu dan peristiwa yang dikaitkan dengan Islam berupaya dibentuk sekali gus memberi gambaran sebenar agama suci ALLAH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi tazkirah sempena Majlis Makan Malam bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat negeri, pengarah-pengarah jabatan dan agensi serta pengamal media.

Dr Zakir yang juga Pengasas dan Presiden Islamic Research Foundation (IRF) berkata, atas kesedaran terhadap ancaman propaganda barat, pihaknya telah menubuhkan sebuah saluran satelit Islam pada 2006, Peace TV bagi mempromosikan kebenaran, keadilan, moral, keharmonian, kebijaksanaan dan keamanan bagi seluruh umat manusia.

Beliau berkata, Peace TV yang bersiaran selama 24 jam setiap hari itu adalah saluran agama yang mempunyai penonton paling ramai dari seluruh dunia.

“Barat menggunakan media sebagai alat untuk menyerang Islam jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan persepsi salah itu kepada masyarakat dunia,” katanya.

Dr Zakir kini dalam siri jelajah di Terengganu dan dijadualkan menyampaikan syarahan umum di Stadium Tertutup Gong Badak malam tadi diikuti hari ini di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Masjid Hadhari, Besut (12 April) serta di Dewan Sri Amar, Chukai, Kemaman (13 April).

Kunjungan pertama pendakwah kelahiran Mumbai, India di negeri ini adalah atas jemputan peribadi Menteri Besar dalam satu pertemuan di Korea sebelum ini.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata, syarahan umum tokoh intelektual itu di empat daerah di negeri ini akan disiarkan di saluran Peace TV yang secara tidak langsung dapat mempromosikan Terengganu di mata dunia.

“Kehadiran Dr Zakir ke sini merupakan kisah kejayaan terbaharu kita dan saya harap seluruh rakyat termasuk di negeri jiran dapat memanfaatkan acara ini,” katanya.

Dan inilah videonya : Zakir Naik Terengganu Tour: Pelajar Perubatan Termalu Dengan Soalan Provokasi

9 ulasan:

  1. cari penawar utk cancer? ckp BI pun mcm budak SPM gred 3.. mcm tu ke taraf otak budak medic yg ada dlm msia ni? 30 thn dulu pelajar melayu sgt susah utk bertanya soalan sbb takut org kata bodoh ttp setelah 30 thn mrk cuba bertanya soalan confirm masih bodoh bangang dan bahalol.. layakkah budak td tu belajar medic sebenarnya? kerajaan ttp salah krn melahirkan pelajar yg terlalu rendah gred otaknya..

    BalasPadam
  2. Aduh...pelajar doktor tapi bahasa eng lintang pukang ...dah tu tanya soalan bodoh...kan dah kena setempek dengan Dr Zakir....kesian..mu...makang budu banyak sangat tak pun...kropok lekor.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah realiti sebenar tahap pendidikan kita di mata dunia. Dulu Tun Mahathir mahu pelajaran Matermatik & sains diajar dalam Bahasa Inggeris, tapi ramai yg bantah.

      Padam
  3. hahaha... jangan kutuk dia... Doakan semoga hatinya terbuka untuk terima "kebaikan" kerajaan dan tahu erti bersyukur...

    BalasPadam
  4. Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik berkata, peranan besar dimainkan media Islam berupaya menangkis gambaran salah yang digembar-gemburkan pihak barat terhadap Islam. Pendapat beliau itu adalah bersesuaian pula dgn Firman ALLAH didalam Surah Al Mursalat ayat 1 – 6 dimana Allah telah bersumpah dgn peranan Pendakwah …

    Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.
    1. Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),
    2. Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,
    3. Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,
    4. Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,
    5. Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),
    6. Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar - derhaka; -

    Ambil lah ikhtibar daripada maklumat yang bakal disampaikan olih Hamba Allah (Dr. Zakir Naik) yang di hantar khas itu.

    BalasPadam
  5. Kesian,bahasa inggeris berterabur.mcm budak sekolah PT3(PMR) je...knplah kt ada medic student mcm ni..memalukan!

    BalasPadam
  6. @ 4.26 ...three thousand , sixty hundred........jumlah apa tu??????

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum smua, sy respect adik nie sbb brani tnyer soalan, dia sanggup brtanya wlaupun rmai yg gelakkn dia kate tu kate mcm2 tp dia actually dh tolong diri dia n kwn2 dia yg xdpt tajaan asalnya insyaAllah akn dpt lpas nie.. Amin..

    #at least adik nie mungkin dpt tajaan lpas nie n tolong kwn2 di jgak dpt tjaan drpd some people yg tahu nk komen negative je kat adik nie xthu lah dpt apekn. smua dh bsar n mtang dh leh fikir sndirie.
    #sy x mrah spe yg kate negative kat adik nie sy lebih suke klu yg kate tu leh fikir balik mcm mne korg boleh kate mcm tu kat adik tu, ce byg klu ade org kate negative kat kiter, ape kiter rse..

    #jgn mrah sy, klu mrah sy snyum aje sbb mrah bleh cpat tua..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum smua, sy respect adik nie sbb brani tnyer soalan, dia sanggup brtanya wlaupun rmai yg gelakkn dia kate tu kate mcm2 tp dia actually dh tolong diri dia n kwn2 dia yg xdpt tajaan asalnya insyaAllah akn dpt lpas nie.. Amin..

    #at least adik nie mungkin dpt tajaan lpas nie n tolong kwn2 di jgak dpt tjaan drpd some people yg tahu nk komen negative je kat adik nie xthu lah dpt apekn. smua dh bsar n mtang dh leh fikir sndirie.
    #sy x mrah spe yg kate negative kat adik nie sy lebih suke klu yg kate tu leh fikir balik mcm mne korg boleh kate mcm tu kat adik tu, ce byg klu ade org kate negative kat kiter, ape kiter rse..

    #jgn mrah sy, klu mrah sy snyum aje sbb mrah bleh cpat tua..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....