SEMAKIN PANASSS!!! Ustaz Doakan Perniagaan Tudung Fareeda Bankrap!!!


Wow.... nampaknya isu penjualan tudung Fareeda semakin panasss. Selepas dikritik Wardina, kini seorang pendakwah pula, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil membidas pemilik peniagaan tudung Fareeda yang disifatkan sebagai memfitnah agama. Hasrizal melalui akaun media sosialnya turut berkata, beliau tidak akan mengizinkan isteri dan anak perempuannya untuk memakai tudung dari jenama tersebut.
“Sebagai suami dan bapa kepada anak perempuan, saya tidak izinkan mana-mana perempuan di bawah tanggungjawab saya memakai Tudung #Fareeda . Ia adalah satu perniagaan yang tidak berakhlaq dan memfitnah agama.

“Mustahil Allah dan Rasulullah SAW redha dengan strategi perniagaan sebegini. Ditambah pula dengan keangkuhan admin halaman FB Fareeda yang sarkastik dengan semua teguran tanpa ada sedikit pun rasa bertanggungjawab terhadap ikhtilat ekstrim yang memalukan baru-baru ini. Mawar dan Fizo Omar, andai terbaca mesej ini, bertaubatlah kepada Allah dan perbaiki modus operandi perniagaan antum. Saya bukan sesiapa. Hanya hamba Allah yang berharap agama tidak dimanipulasi oleh bisnes dalam bentuk sebegini,” katanya memetik kenyataan di laman Instagram.


Menurut Hasrizal lagi fenomena ‘rusuhan’ yang berlaku ketika perlancaran tudung tersebut sebagai salah satu strategi pengiklanan yang disengajakan.

Beliau turut mendoakan agar peniagaan tersebut bankrap.

“Jangan dipersalahkan pelanggan kalian yang mereka juga perlu bertanggungjawab atas perbuatan sendiri di hadapan Allah. Sebaliknya kalian ada kuasa untuk mencegah perkara ini berlaku. Rusuh merusuh yang berlaku itu memang disengajakan dan iklan bermula 1 April diikuti dengan provokasi demi provokasi menunjukkan ia terjadi sebagai strategi perniagaan yang disengajakan. Di sinilah kemuncak salah etikanya.

“Jika nasihat Mufti dan pelbagai pihak tidak diendahkan, lebih baik Allah bangkrapkan sahaja bisnes kalian daripada masyarakat ini bangkrap akhlaq. Ittaqullāh!,” katanya lagi.

Sementara itu Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Mohd Noor menggesa pereka tudung untuk memahami konsep berhijab atau menutup aurat di dalam Islam dan mematuhi peraturan berpakaian menurut Islam.

Tegasnya, tidak sepatutnya pakaian Muslimah dijadikan sebagai trend atau bahan persaingan.

Terdahulu para netizen turut mempertikaikan teknik promosi pemilik tudung Fareeda, kerana menyebabkan pelanggan bersesak merebut nombor giliran.

Mereka turut menyifatkan situasi tersebut ironik memandangkan Fareeda menjual tudung yang menjadi unsur pematuhan agama namun para pelanggan berhimpit tanpa mengenal jantina untuk mendapatkannya. 

SUMBER

3 ulasan:

  1. Apabila orang Melayu berniaga dan berjaya pulak tu akan ada yang iri hati dengan kejayaannya. Kepada Fareeda teruskan dengan usaha untuk memajukan perniagaan agar setanding dengan puak2 kafir di luar sana. Anggaplah teguran yang diberi sebagai perkara yang membina untuk kemajuan masa hadapan.

    Kepada ustaz ni, kita digalakkan berdoa untuk kebaikan dan dilarang berdoa untuk tujuan yang negatif. Kalau dah tak nak beli janganlah beli mahupun memandangnya tetapi elakkan dari mendoakan yang buruk untuk orang Islam yang lain kerana Islam tidak mengajar kita untuk bersikap sebegitu. Malah kita dianjurkan untuk berdoa agar pihak tertentu itu agar mendapat taufik dan hidayah dari Allah. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahuinya.

    BalasPadam
  2. sejak bila pulak org yg doakan kehancuran org lain jd idola kau ni? kalau pas doakan kehancuran umno tau plak kau mengamuk.. ahh ini semua poyo.. byk makan dedak sampai otak pun dah tak blh pikir..

    BalasPadam
  3. Memang susah bangsa melayu nak maju..kaya sikit dikutuk dan diganggu perniagaannya..macam2 hukum dikeluarkan..Allahu akbar...berebut kat supermarket masa happy hour ustaz tak tegur pulak..bagaimana melayu nak maju...kalau Fareeda ni tutup kedai baru puas hati kot..biar sama2 susah mcm melayu lain,,

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....