Saja cari pasal. Berani buat, beranilah tanggung. TERNYATA Maya Karin berjaya ‘memperbodohkan’ peminatnya apabila rata-rata percaya tweet yang dibuatnya, konon mahu bersara dari bidang hiburan dan ingin menceburkan diri dalam arena politik negara.
Memetik laporan BH Online Maya menjelaskan, “Kenyataan yang dibuat di akaun Twitter semalam itu hanya jenaka bersempena April Fools. Saya masih berlakon dan aktif dalam bidang seni malah akan terus berkecimpung di arena ini selagi ada tawaran.
“Saya sengaja bangkitkan isu politik kerana ia sedang hangat diperdebat. Tak sangka ada pula yang memandang serius jenaka yang dibuat saya semalam.
“Saya tidak takut dikenakan tindakan atau gurauan saya itu bakal beri impak kepada kerjaya seni. Apa yang ingin ditegaskan saya tidak terbabit dengan mana-mana parti politik,” ujar pelakon berusia 37 itu lagi.
Pandai kan Maya bergurau? Nasib dia dah bagi penjelasan, kalau tak lagi lama peminat dia tertipu dan meneka-neka parti mana akan diwakilinya. Hehe.. – SUMBER
Awat, dah tak larat ka nak menjilat? Lani buat cerita artist pulak!
BalasPadam