Wow.... ada berani ke nak sahut cabaran ni? "Banyak lagi kedai bangsa lain jual dengan harga mahal tapi tidak ada pula yang bising."
Pengusaha restoran mamak meluahkan rasa kecewa apabila sering kali dipersalahkan apabila berlaku kenaikan harga makanan.
Seorang pengusaha, Datuk Mosin Abdul Razak meminta pengkritik supaya berlaku adil kerana terdapat premis bangsa lain yang mengenakan caj lebih tinggi.
Pada pengamatannya, harga makanan di restoran mamak sudah berpatutan dan ada pengusaha yang mengekalkan harga lama walaupun harga barang mentah meningkat.
“Saya tidak tahu aspek mana dia kata mahal,” keluh Mosin. “Saya juga hairan kenapa semua orang nak salahkan kedai mamak sahaja mahal. Banyak lagi kedai bangsa lain jual dengan harga mahal tapi tidak ada pula yang bising.”
“Bagi saya dengan kos barang-barang mentah naik kita masih lagi kekalkan harga lama. Kita tak tahu macam mana mereka masih lagi kata harga di kedai mamak mahal, malah saya boleh katakan itu hanya fitnah,” katanya
Sementara itu, seorang lagi pengusaha, Sheik Abdullah berkata pengguna perlu faham harga barangan mentah, sewa premis atau tapak, harga lesen dan levi pekerja antara lain bukan dalam kawalan mereka.
“Pertama bahan mentah mahal, sewa kedai pun tinggi, malah lesen yang kita bayar kepada majlis bandaraya juga tinggi, ditambah pula kalau nak pasang meja di kaki lima, satu meja kerajaan caj RM50 contohnya, kalau pasang 10 meja berapa jumlahnya? Ini tidak termasuk caj levi lagi,” katanya dalam nada kecewa.
Sementara itu, pengurus sebuah restoran India Muslim, Datuk Abdul Wahid Saifuddin berkata pengguna berhak untuk menilai dan membuat keputusan untuk memboikot mana-mana restoran mamak yang dirasakan mahal atau tidak memberikan perkhidmatan sewajarnya.
“Bagi saya harga yang kita kenakan di restoran mamak antara terendah dan berpatutan, namun terpulang kepada pengguna untuk menilai kerana mereka berkuasa, malah saya mencabar juga supaya pengguna memboikot restoran mamak sekiranya terlalu mahal dan tidak berpuas hati dengan caj perkhimatan yang diberi pada kami,” katanya. - SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....