Wanita Thailand yang cuba diseludup keluar ke Thailand oleh atlet paralimpik badminton negara. FOTO ihsan Jabatan Imigresen Malaysia Kedah
Bukit Kayu Hitam: Atlet paralimpik badminton negara ditahan anggota Jabatan Imigresen Malaysia Kedah ketika melalui pemeriksaan imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (KIK) Bukit Kayu Hitam, selepas cuba seludup wanita warga Thailand, kelmarin.
Lelaki berusia 28 tahun itu cuba menyeludup keluar wanita warga Thailand berusia 25 tahun dipercayai teman wanitanya selepas dikesan memiliki cop pas lawatan sosial palsu dalam dokumen perjalanan miliknya.
Timbalan Pengarah Imigresen negeri Abdul Rahim Hanaffi berkata, dalam pemeriksaan pada 6.30 petang itu, lelaki terbabit yang menaiki kereta jenis Mercedes Benz dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Thailand memecut untuk meloloskan diri walaupun diarahkan ke pejabat penyelia untuk pemeriksaan lanjut sebelum ditahan 500 meter dari KIK.
"Lelaki ini mendakwa mendapatkan cop keselamatan palsu itu daripada seorang ejen tempatan di Kuala Lumpur pada harga RM500 bagi mengelak teman wanitanya diberkas kerana menetap lebih masa dalam negara," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....