TERENGGANU BERGOLAK!!! Berapa La Madey Bayaq Ahmad Said?


KUALA TERENGGANU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Menurut Datuk Mohd Zuber Embong, usul yang dikemukakan oleh ADUN Kijal yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said itu tidak mengikut peraturan ketika mencadangkannya.

Usul undi tidak percaya itu dibuat oleh Ahmad Said ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum sidang berehat.

Speaker menerima usul itu kemudian menangguhkan sidang untuk meneliti usul tersebut mengikut kerangka perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri sebelum ia disambung semula 2.30 petang.

Razif memulakan tugas pada Mei 2014 sebagai menteri besar menggantikan Ahmad yang berundur setelah kemelut pertukaran kepimpinan tertinggi negeri itu.

Ahmad Said ketika itu dilapor membantah pertukaran itu, antaranya kerana ia timbul menjelang majlis perkahwinan anaknya.

Beliau malah mengambil keputusan drastik dengan keluar Umno, tetapi menyertai kembali parti itu tidak berapa lama selepas itu.

Beliau kemudian dilihat bersama dalam beberapa acara dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB.

1MDB pada mulanya ditubuhkan dengan nama Terengganu Investment Authority (TIA) ketika era kepimpinan Ahmad.

Melihat kepada senario politik semasa, tidaklah mustahil sekiranya perkembangan terkini di Terengganu ini mempunyai hubungkait dengan Tun Mahathir.

Mantan Perdana Menteri itu dilihat dalam keadaan "sangat terdesak" untuk menjatuhkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Masakan Tun M sanggup bersekongkol dengan Pakatan Pembangkang, apa la sangat kalau berkomplot dengan Ahmad Said ni.

Kesian dekat Tun... daripada hidup disanjung, takut-takut esok lusa mati dihina dan dikeji rakyat Malaysia. Dalam umur yang sebegitu, eloklah sangat bagi Tun melakukan kerja-kerja amal dan beribadah. Tapi..... Najib Razak dan seluruh rakyat Malaysia pun dah cukup masak dengan Tun ni. Sanggup melakukan apa saja janji apa yang dikehendakinya tercapai.

Udah-udah le Tun....

5 ulasan:

  1. SAMA SAMUN,SAMA JADI PENYAMUN DANA NEGARA

    BalasPadam
  2. Jenis spesis penjilat mamaktun ni jenis suka keluar masuk keluar masuk parti.

    Yg sekor lagi depan belakang sama rasa sama rata.. dh masuk jail pon.

    mcm2 manusia2 durjana ni memperlihatkan watak masing2 demi nak hidup berkuasa dan senang!

    BalasPadam
  3. Tak lama lagi masuk lah elaun 'KECEWA' yang dibayar oleh dapigs dan kroni2 mahataik.
    Kesian sabutoh...kena kongsi dengan makin ramai berok2 yang kecewa.

    BalasPadam
  4. Ada bukti ke dia dah dibayar macam Najib bayar Kat Mat Maslan ,Shahril Dan ketua2 Umno?9

    BalasPadam
  5. berapa pulak najib bayar kat admin?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....