PENYATUAN MELAYU : Hj Hadi Dan Khalid Bersatu Tentang DAP Habis-Habisan!!!


Umat Islam perlu bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti itu yang berhasrat untuk memerintah negara, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Memetik laporan Utusan Malaysia, Presiden PAS berkata, DAP tidak berhak untuk memerintah negara ini memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan jumlah umat Islam adalah 60 peratus.
“DAP mempunyai cita-cita lebih besar daripada sekadar menguasai ekonomi, oleh itu hanya melalui penyatuan umat Islam sahaja mampu memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.

“Selain itu, kita juga telah mengingatkan UMNO supaya kembali kepada Islam demi penyatuan dan kekuatan ummah kerana memulihkan agenda politik merupakan satu sumbangan yang besar,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Pusat Tarbiyah dan Dakwah PAS Bandar Tun Razak baru-baru ini.


Ahli Parlimen Marang itu turut mempersoalkan peranan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang dipimpin Presidennya, Mohamad Sabu dalam memperjuangkan agenda politik di negara ini bersama DAP dan PKR.

Dalam pada itu, Hadi berkata, beliau bimbang berhubung situasi politik sekarang yang berpecah-belah dan menggugat kestabilan politik orang Melayu.

“Saya lihat DAP yang diwakili oleh kaum Cina telah berjaya walaupun mereka hanya terdiri daripada 30 peratus, lebih-lebih lagi mereka telah menguasai pendapatan per kapita yang lebih tinggi serta ada cita-cita lebih daripada itu.

“Kita akan tubuhkan unit tertentu seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memantau orang Islam yang bersekongkol dengan DAP tidak menang pada pilihan raya umum akan datang. Perjuangan kita merupakan satu perjuangan yang berterusan,” katanya. - FMT

PENUBUHAN NGO TENTANG DAP

Berpatah arang, berkerat rotan... nampaknya semua sudah di set... bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan berkerjasama dengan PAS dan Ikatan untuk memecahkan sokongan pengundi pro pembangkang kepada DAP.

Khalid malah berikrar akan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan memecahkan sokongan rakyat terhadap DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Ujar Khalid sikap agresif DAP dalam melebarkan empayar politiknya harus disekat bagi memastikan hak dan kebajikan ummat Islam di negara ini terjamin.

"Saya dan rakan-rakan juga akan menubuhkan satu NGO dimana kita sudah mengumpul beberapa kekuatan dan dana supaya kita tidak akan memberi peluang orang-orang bukan Islam yang bersekongkol dengan DAP menang dalam pilihan raya.

"Jadi oleh sebab itu, kita akan buat satu kempen setiap kali kita kenal orang mereka (DAP), NGO ini akan berusaha supaya mereka tidak menang (dalam pilihan raya)," katanya ketika hadir pada perasmian Pusat Tarbiyah dan Dakwah Islam Se-Malaysia Bandar Tun Razak oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu juga menyatakan rasa bimbangnya terhadap perkembangan semasa PKR yang dilihat tersepit di antara Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP.

Bukan hanya Khalid, pemerhati politik juga kerap kali menyuarakan betapa PKR kini tersepit di antara dua parti komponennya dalam apa jua isu.

Malah PKR juga pernah diberi kata dua oleh DAP untuk memilih sama ada parti dominasi Cinanya itu atau PAS untuk sama-sama mentadbir Selangor.

Kata dua itu diberikan selepas DAP dan PAS memutuskan hubungan politiknya akibat bercanggah pandangan bersabit isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Saya sangat khuatir dengan keadaan umat Islam, sebab boleh jadi umat Islam ini sentimental atau pun agak sangat tinggi untuk memberi sukaran kepada Umat Islam. Tetapi umat Islam di Malaysia dari segi politiknya bukan berpecah dua tetapi berpecah empat," katanya.

Justeru, ujar Khalid penubuhan NGO yang bakal diterajuinya akan membantu parti Islam yang lain untuk berdepan dengan DAP dan mengukuhkan lagi politik ummat Islam di negara ini.

"Tapi untuk kita bersaing kita mesti selesaikan bagaimana kita dapat menghapuskan orang yang mengelilingi DAP, kalau tidak, kita tidak akan menang...kita melanggar tembok, kepala kita bengkak, dia masih lagi belum apa-apa, jadi bagaimana kita hendak selesaikan ini," katanya. (SUMBER)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....